View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 03-10-2008, 12:40 AM
smartusaha's Avatar
smartusaha smartusaha is offline
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 2,887
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (12)
Default Wordpress 2.5: Ok Ke?

Wordpress versi 2.5 dah nak keluar (dijangka pada 10 Mac nanti atau selewatnya awal April). Yang pasti, versi yang terbaru ni lain dari yang lain terutama dari segi design bahagian admin.

Anda boleh test drive versi 2.5 ni di sini:

WordPress 2.5aa › Login

username: admin
password: demo

Rujukan:

Test Drive 2.5 | Jeffro2pt0

WordPress 2.5aa

Saya yakin, anda pasti tertawan. Tapi ramai juga yang tak suka. Design baru memang berbeza sangat2. Ada yang kata serabut sikit. Design sekarang lagi Ok. Bagi saya pula, memang design sekarang ni sangat Ok dah. Tak tukar pun takper.

Apa komen anda? Perlu tak kita upgrade kepada versi 2.5 ni? Apa kekurangan dan kelebihan versi 2.5 ni?

Secara asas, memang digalakkan kita upgrade blog wordpress kepada versi yang latest sebab nak tutup holes (security). Tapi pro & kontra tetap ada kan?

Dan satu perkara yang perlu anda tahu, anda nak stay dengan versi 2.3 pun tak apa. Sebab dia akan continue versi 2.3 ni secara berterusan. Maksudnya kalau skrg versi 2.3 dah ada 2.3.3, dia akan support dan update jika perlu - 2.3.4, 2.3.5 dan seterusnya.

Untuk contoh terbaik, versi 2.0 dia dah update sampai ke 2.0.11. Dan kalau ada holes yg dijumpai, dia akan update lagilah ke 2.0.12 dan seterusnya. So, mcm tu jugaklah untuk versi 2.3.

Info tambahan:
Dijangka versi 2.6 akan menyusul pada bulan Julai 2008 dan versi 2.7 pula pada November 2008. Kalau anda perasan, dia akan update kepada versi terbaru setiap 3 bulan sekali atau 4 kali setahun. So, lengkapkanlah diri anda dengan ilmu mengupgrade blog.

Untuk ketahui roadmap Wordpress development ni, anda boleh lihat di sini:

WordPress › About » Roadmap

ps. Sekarang telah berlangsung satu pertandingan Webware 100. Wordpress adalah salah satu aplikasi yang tercalon di dalam pertandingan ni. So, sesiapa yang guna aplikasi ni, sama-samalah kita bagi support sikit dengan Vote mereka. Cara ni dah memadai dah kalau tak mampu nak bagi donation.

Klik pada link berikut dan scroll down cari nama Wordpress. Kemudian klik pada button Vote sebelah kanan dia.

Webware 100 Awards 2008: Publishing & Photography

Pertandingan ni tamat 31 Mac 2008 ni dan pemenang akan diumum pada 21 April mengikut kategori masing2. Semoga Team Open Source WP terus maju.

Last edited by smartusaha; 03-10-2008 at 12:46 AM.


Reply With Quote