Bagi saya, kalau sesebuah servis hosting tu tak ada masalah, itu bukan normal. Sebaliknya luar biasa sekali.

Kalau ada masalah sekali dua tu, biasalah tu. Dan kita sebagai pengguna, selain 'mengkritik', apa kata kita bagi sokongan dalam masa yang sama. Tak salah komen, tapi jangan asyik mengeluh sahaja..
Buat masa skrg, saya pakai 4 buah hosting provider:
AnjungCafeHosting.com
ECommercemastery.com
NetKL.com
HostGator.com
Yang pernah pakai sebelum ni:
SempoiHosting.com
internet-webhosting.com
Semuanya bagus-bagus belaka. Kalau ada beza pun, mungkin dari segi kepantasan support sahaja.
Kalau masalah teknikal macam lembap, tak boleh nak akses, bersabarlah, itu perkara normal. Semua provider akan mengalaminya. Lainlah kalau pihak provider tak buat kerja. Itu lain ceritalah.
Berbalik kepada servis saifulsham ni, saya adalah salah seorang "rakan JV/niaga" dengan mereka. Salah satu website saya dihostkan di ecommerceMastery. Bukan nak memuji ke apa ni, tapi ikhlas saya katakan, kita semua
kenal saifulsham. Mereka amat
komited. InsyaAllah, sama2 lah kita doakan agar servis mereka kekal lama, mantap dan lebih laju. Sebaliknya jangan hanya tahu mengkritik itu dan ini.
Malah kalau kita perhati dan ambil kisah, baru2 ni berlaku beberapa masalah di server mereka. Ada mereka dok diam? Tak ada. Tapi mereka umum kat clients dan bagitahu apa cerita sebenar. Mereka begitu komited untuk selesaikan masalah.
Pasal lembap tu, server di oversea memang salah satu sebab. Tapi kita kena tahu, kita ni guna sharing punya webhosting. Bukan dedicated. Bila bila dah share (kongsi), maka kalau ada satu orang ni guna berlebihan server tu, maka kita juga akan dapat kesan.
Kalau nak laju dan puas hati, gunalah dedicated server. Gunalah sepuas-puasnya seorang diri tanpa perlu dikongsi-kongsi.
Kalau si usahawan perlu letak diri sebagai pelanggan untuk tahu apa rasa mereka, kadang2 kita si pengguna ni perlu juga sekali sekala letak diri di pihak usahawan. Kena rasa apa keadaan mereka di dalam usaha memenuhi kehendak kita. Servis hosting bukan satu kerja yang mudah seperti memetik jari.
Wassalam.