untuk pengetahuan semua pengguna cgyhost, cgyhost dah down beberapa minggu..yang sedihnya aku ar sebab blog aku ada kat cgyhost..dah seminggu down, tapi aku tak rugi ape2 sebab orang sponser tapi earning adsense aku down terus sebab blog di cgyhost tu satu satunya sumber pendapatan adsense aku..
ni email dari admin cgy
Quote:
Semalam, 20 Mac 2007, deringan talian telefon pejabat dan telefon bimbit saya sejak awal pagi tidak terhenti untuk tempoh yang agak lama. Beratus-ratus SMS dari pelanggan diterima yang sememangnya tidak mampu saya balas kesemuanya. CGYHost sekali lagi diserang “DDoS” dengan hebat dan bertalu-talu sejak pagi. Firewall yang ditempatkan di gateway rack-rack CGYHost tidak dapat menangkis serangan pada hari ini. Serangan dilakukan hampir 3 jam dengan cara serangan terbaru iaitu 5 saat serang dan 10 saat berhenti dan proses ini berulangan selama hampir 3 jam. Serangan berjaya melepasi firewall dan merebak ke rangkaian pada bahagian lain data centre. Modus operandi seperti biasa, mahu melumpuhkan rangkaian, server, polulariti dan seterusnya CGYHost. Penyerang boleh dikatakan hampir menang setelah sebuah server linux berjaya dirosakkan dan beratus-ratus web serta sistem berasaskan web yang digunakan oleh para pelanggan CGYHost (termasuk beberapa Pejabaat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah berasrama penuh). Namun begitu, dengan kepakaran pegawai rangkaian yang dilantik CGYHost di Singapura serta bantuan pegawai rangkaian data centre, serangan berjaya dihentikan setelah beberapa konfigurasi firewall diubahsuai dan keadaan kembali seperrti sediakala melainkan web-web yang berada di dalam server rosak.
Kehilangan wang ringgit tidak begitu penting dalam perniagaan jenis perkhidmatan berasaskan pengguna. Apa yang lebih penting adalah polulariti dan kepercayaan pengguna terhadap syarikat penyedia perkhidmatan. Sememangnya serangan seperti ini bertujuan untuk merosakkan polulariti syarikat penyedia perkhidmatan. Untuk pengetahuan rakan-rakan group, CGYHost menerima berpuluh-puluh serangan DDoS, spam dan bruteforce setiap hari. Saya sendiri pun tidak tahu kenapa syarikat saya menjadi target beberapa syarikat pesaing lain malah kadang-kadang membuat saya berasa bingung setiap kali server-server saya diserang. Saya pernah bertanya kepada rakan saya yang juga merupakan CEO syarikat hosting tersenarai dalam senarai hosting terbaik di Malaysia, rekodnya jarang diserang ddos dan sebagainya. Beberapa kajian juga telah pihak CGYHost lakukan termasuklah pemantauan terhadap web-web pelanggan (yang juga mungkin merupakan salah satu faktor sering diserang : musuh web). Hasil daripada kajian ini menunjukkan tiada faktor luaran CGYHost sering diserang dan faktor utama telah dikenal pasti iaitu sama ada para pesaing yang tidak senang dengan peningkatan peguasaan pasaran hosting oleh CGYHost, hacker yang ingin mencuba kemahiran atau musuh pelanggan CGYHost yang mana mereka menyerang web ter****t dan secara tidak langsung server terlibat sama.
|
sedih-sedih...adsense earning baru nak cukup $100..