View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 02-15-2008, 09:29 AM
mysticmind's Avatar
mysticmind mysticmind is offline
WC300
 
Join Date: Jun 2006
Posts: 1,397
mysticmind is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to mysticmind
iTrader: (5)
Default 10 Sebab... Mengapa anda perlu mempunyai blog!!!

Dah lama tak bukak topik sini.. hehe

Artikel ini... student-student U dan budak2 yang terkial2 pesal diorang susah dapat kerja pun sangatlah elok membaca.. Dan orang-orang yang asyik menyalahkan nasib & takdir pesal diorang tak dapat2 kerja.. Dan jugak!..

Untuk korang-korang semua menjawab soalan2 bodo orang yang tanya:
"Eh .. best sangat ke ada blog?" atau...
orang yang cakap..
"Ko nih.. membazir masa tul la buat blog.. bukan ada faedah pun!"
Jadi semua jawapan aku dah sediakan..

Turut dicadangkan baca ialah Zainudin Maidin menteri penerangan.. supaya dia tidak berpandangan buruk sangka yang semua blogger jahat.. hahaha

----

10 sebab mengapa anda mesti buat blog!!!
Saya menulis artikel di dalam Majalah PC (isu Februari 2008) terbitan karangkraf tentang mengapa setiap orang perlu mempunyai blog! Wajib baca!



Berikut adalah petikan (untuk promosi) daripada artikel tersebut.
Quote:
NOTA : Ini adalah teks asal yang raw, yang huru hara, yang berbahasa pasar, iaitu tidak di edit lansung dan ia tentunya tidak sesuai sama sekali untuk terbitan. So, nih kire ekslusif laaa untuk kengkawan dan pelawat setia blog aku. Hehehe.
10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog.
Oleh - Muhamad Nizam Ahamad untuk majalah PC

Quote:
“Jika anda tidak mem-blog, anda tidak wujud”.
Apakah itu blog? Apakah beza antara blog dan laman web?
Sebenarnya, blog adalah salah satu dari jenis laman web yang ada. Antara laman web lain ialah forum, portal dan sebagainya, semuanya masih laman web. Cuma sasaran dan juga rupanya berbeza.

Blog itu sendiri juga mempunyai beberapa jenis. Selain blog biasa yang bersifat jurnal dan peribadi, ada juga photoblog, vblog, podcast dan banyak lagi. Photoblog lebih memaparkan gambar berbanding isi, tambahan pula untuk mengambil gambar pada masa ini adalah amat mudah. Rata-rata handphone memiliki camera digital. Vblog atau disebut juga vlog pula adalah blog terkini yang memaparkan Video sebagai isi utamanya. Podcast pula adalah blog dengan keutamaan audio.

Blog juga dibina biasanya berdasarkan kepada tajuk-tajuk tertentu, seperti blog automotif, blog teknologi, blog fesyen, blog gajet-gajet terkini dan sebagainya. Walaupun begitu, blog peribadi biasanya mendahului senarai yang paling banyak dibina.

Tidak kiralah, yang mana satu anda mahu. Berikut adalah 10 sebab mengapa anda perlu mempunyai blog!

1 - EMOSI :
Hidup di lokasi Urban juga metropolitan ini selalunya berada dalam keadaan sibuk, terkejar-kejar, banyak kerja, tidak cukup masa dan bermacam masalah pada setiap hari. Manakala masih belajar pula dengan masalah di tempat belajar dan kawan-kawan. Setiap orang ada masalah. Masalah harian samada yang lazim mahupun yang jarang berlaku, akan membawa kita kepada satu pembunuh senyap iaitu tekanan! (Stress!). Semakin banyak tekanan semakin parahlah emosi sehingga membawa kepada masalah psikologi!

Pada kebiasaanya, kita meredakan tekanan dengan meluahkan pada kekasih, keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja? Bagaimana jika semua mereka tidak ada berdekatan, atau mungkin kita sendiri tidak mahu memberitahu mereka?

Ya! Menaiplah di blog anda, luahkan perasaan marah, kecewa, benci, terkilan dan sebagainya. Dengan ini, tekanan anda mungkin sudah berkurangan. Walaupun tidak sebanyak mana mungkin, tetapi pasti ada kesannya.

Apatah lagi apabila ada maklumbalas(comment) dari kenalan online anda ataupun sesiapa yang anda tidak ketahui yang memberikan kata-kata peransang dan semangat untuk anda. Memberikan anda tip-tip mengatasi sesuatu masalah yang mungkin pernah dilalui mereka.

Selain itu, perasaan gembira juga anda boleh hebohkan di blog anda untuk di kongsikan dengan sesiapa sahaja. Bagus bukan? Blog adalah terapi emosi.

2 - EKONOMI :
Errrr... Seterusnya di... : 10 Sebab Untuk Blog by Mysticdreamworks Studio


Adakah anda pernah mengalami kejian dan pertanyaan seperti diatas? Dan korang jawab camner?

Last edited by mysticmind; 02-15-2008 at 09:32 AM.


Reply With Quote