View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 02-09-2008, 08:41 PM
budak69 budak69 is offline
New Member
 
Join Date: Jul 2007
Posts: 11
budak69 is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default Cara Nak Design Cover Ebook

Salam rakan-rakan forum semua,

Di ruangan ini, saya nak berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang "Cara-cara Merekabentuk Cover Ebook".

Untuk merekabentuk cover atau kulit hadapan sebuah ebook, rakan-rakan boleh ikuti langkah-langkah yang saya nyatakan di bawah ini:

Langkah#1: Dapatkan perisian adobe photoshope
Untuk merekabentuk cover ebook, rakan-rakan boleh mendownload terlebih dahulu perisian adobe photoshope. Perisian ini boleh diperolehi secara percuma di laman web Free Software Downloads and Software Reviews - Download.com. Kemudian install perisian ini di dalam komputer.

Langkah#2apatkan Ecover Action Scripts
Setelah mendownload perisian adobe photoshope, rakan-rakan bolehlah mula mencari ecover action scripts di yahoo ataupun di google search. Taipkan keyword 'ecover action scripts' di yahoo search atau di google search. Kemudian klik butang search. Dengan ecover action scripts, kerja merekabentuk cover ebook akan menjadi lebih mudah.

Langkah#3apatkan idea rekabentuk cover ebookUntuk merekabentuk cover ebook yang kelihatan profesional, rakan-rakan digalakkan supaya melihat contoh-contoh rekabentuk cover ebook yang sedia ada. Untuk mendapatkan idea bagaimana merekabentuk dan menyusun atur imej atau tulisan di dalam cover ebook, rakan-rakan bolehlah mencari contoh-contoh cover ebook di internet. Taipkan keyword 'cover ebook image' di google search atau yahoo search. Kemudian klik butang search. Di situ nanti, rakan-rakan dapat melihat pelbagai rekabentuk cover ebook. Pilihlah mana-mana rekabentuk yang menjadi pilihan hati.

Langkah#4apatkan khidmat rekabentuk cover ebook secara PERCUMAJika rakan-rakan tidak mempunyai masa atau tidak tahu merekabentuk cover ebook sendiri, saya cadangkan rakan-rakan boleh dapatkan khidmat rakan saya secara PERCUMA. Insyallah sahabat saya akan bantu. Rakan-rakan boleh hubungi sahabat saya seperti butiran di bawah:

Nombor telefon :012-7615396 (Abu)

Cukup setakat ini dahulu, jumpa lagi. Terima kasih.


Reply With Quote