View Single Post
  #75 (permalink)  
Old 02-02-2008, 12:04 AM
smartusaha's Avatar
smartusaha smartusaha is offline
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Mungkin dapat saya selitkan sedikit kat sini mengenai mcm mana nak berjaya..

Kalau kita mahu kaya, kita kena elakkan fikir pasal kemiskinan. Kalau kita mahu berjaya dalam perniagaan internet, kita jangan mengeluh, fikir susah dan lain2 sifat negatif lagi. Sebaliknya selalulah fikirkan kejayaan, kejayaan dan kejayaan. Fikirkan apakah cara dan perkara yg positif.

Walaupun kita dah tanam dalam fikiran yg kita mahukan kejayaan, dah gambar jelas2 dalam minda apa yg kita nak, tapi kalau kita fikir gagal, susah, tak menjadi, lambat, mustahil dan 1001 benda lagi, ia akan menyebabkan tindakan kita akan menjadi salah.

Samalah seperti berdoa. Mintalah macam2 dengan Allah. Rumah besar, kereta besar, duit berjuta-juta, tapi kalau tak buat apa yg patut, kita tak akan dapat. Sebaliknya kita perlu bekerja sebaik mungkin. Termasuklah berfikir yg baik2.

Spt yg semua sedia maklum, fikiran kita ada connection dgn bakal tindakan yg akan kita lakukan. Kalau dah buat sesuatu, buatlah sepenuh hati, penuh percaya, yakin dan konsisten.

Kalau buat sesuatu & gagal, ia bukan bermaksud tak menjadi, tapi ia satu signal untuk kita bahawa apa yg kita buat tu bukan cara yg betul. Maka, perbetulkan ia. Lama kelamaan, dapatlah kita jumpa formula utk kegunaan kita sendiri. Hal ni ramai yg tak faham sehinggakan orang lain dipersalahkan.

Contoh terbaik ialah penghantar2 emel En Zamri tersebut. Mereka ni suka mengeluh. Mereka ni mengatakan ebiz adalah mustahil dan karut. Yg satu lagi kata, semuanya basi. Semua kata2 ini adalah NEGATIF. Kesannya, mereka tak berjaya atau tak dapat apa yg mereka mahu. Sebab, berlaku konflik dalam fikiran mereka yg akhirnya tindakan mereka tak menjadi.

Kesimpulannya, kalau anda mahu jadi kaya melalui internet, fikirkan hanya kekayaan dan buat sepenuh hati. Jangan ada ragu2 walaupun sedikit.

Org yg daki gunung everest, melayari lautan seorang diri, mengapa mereka berjaya? Sebab mereka buat sepenuh hati dan percaya. Kalau anda tak percaya yg ebiz boleh bagi banyak duit, macam mana anda akan bersemangat nak buat ebiz? Inilah dikatakan kesan fikiran ke atas tindakan.

Yakinlah boleh. Buat sepenuh hati. Percayalah pada diri dan bidang yg diceburi. Ya, saya tahu. Benda2 ni semua adalah basi.. Tapi sebasi-basinya pun, ramai juga yg telah berjaya dgn menerapkan unsur2 tersebut.

Jadi soalnya di sini, SALAH SIAPA?


Reply With Quote