Actually kan..
Lepas saya baca emel2 yg En Zamri kongsikan tu, semua mereka tersebut bertanya, mcm mana nak berjaya? Yg salah sorang tu pulak, menunggu2 sesuatu yg ajaib.
Apa yg dapat disimpulkan, mereka ni tak ada daya kesungguhan untuk berusaha dan keinginan $$$$ mereka melebihi daripada kefahaman dasar.
Kalau niat mereka semata2 duit, maka itulah yg jadinya. Salahkan orang, lepas geram kat orang, tuding orang..
Mereka sendiri tahu, untuk berjaya perlukan kesabaran, tak cepat putus asa & sebagainya. Ego sungguh seorang tu kata benda2 ni benda biasa yg dah basi. Padahal org2 yg berjaya tetap amalkan benda2 tu. Basi.. Basi hanya pada dia sahaja. Sebab tu tak berjaya. Ego.
Dan kalau kita baca buku2 kisah kejayaan seperti buku Think & Grow Rich, LOA, atau 1001 buah buku lain lagi, semuanya akan menyentuh perkara asas seperti mental, emosi, semangat, motivasi, kesedaran dan lain2 lagi..
Tapi, mereka yg lepas geram tersebut tak ada ciri2 yg asas dan mendasar tersebut. Semuanya mahu mudah, ajaib dan cepat..
5 minit, 7 minit, kaya dalam 7 hari, semua itu bukan produk2 kita. Itu semua scam. Saya juga pernah menerima emel keluhan yg akhirnya sy dan produk saya disamakan dgn produk2 scam tersebut.
Apa yg dapat dikatakan, mereka ni fobia dan kecewa akibat produk2 scam tersebut.
Namun, ingin juga saya berpesan kepada semua IM, di dalam mengeluarkan apa2 produk, elakkan terlalu membuat hype walaupun hype tersebut penting.
Zaman skrg ni, manusia semakin bijak dan kita perlu mencari teknik dan strategi lain. Bagi saya, peratusan besar teknik2 yg ada skrg sudah kurang berkesan. Teknik gesaan (urgency) masih boleh digunapakai, tapi ia perlu dilakukan dgn bijaksana. Salah 'paksa', orang tak suka.
Tapi spt yg kita semua maklum, ada dua golongan manusia; 1 yg sukakan dan memahami kita & 1 lagi tak akan memahami kita, semuanya salah kita & hanya mereka yg betul (kononnya).
Apapun, ambil mana yg baik dan buang mana yg tak betul. Kadang2 emel mereka ni pun boleh membuka satu pandangan dan idea baru untuk kita. Hanya saja cara penyampaian mereka ni kurang bagus (lepas geram).
Mudah ceritanya skrg, FOKUS pada mereka yang mahu sahaja. Kepada yg tak suka tu, pergi main jauh-jauh. Kalau orang ajak main bola dan kamu tak suka, pergilah main benda lain!
