Ni koleksi surat berturutan yang saya dapat... kalau mat saleh, boleh jugak saya hentam
aje... tapi ni orang Malaysia... so... takde la saya nak hentam cukup-cukup...
FYI, email ni dari sorang je & dia tak berselindung disebalik website dia tapi selalunya
saya tak layan sangat. Cuma untuk thread ni, saya rasa memang best jugak share...
so that semua orang tahu yang "customer is not king/queen" (bagi saya le) sebab
cuma beberapa orang sahaja yang betul-betul deserve masa berharga kita...
Apa-apa pun enjoy!
Email Pertama
Quote:
Hi Zamri
Its been very long days to get my website on the net. Did build the website but the hosting server seems doesn't work well with me and i decided not to continue build or using the web hosting at kiosk.com
Probably my internet speed won't allowed me to do so. So thank you for being introduced to me those site, unfortunately i'm not interested anymore and hope you could help me get my money back from those website introduce by you.
Semoga ALLAH memberkati perjuangan internet bisnes anda dan dapat melihat kejayaan anda di mata dunia tidak pun di mata sendiri.
Thank, may god bless you. Look forward to hear from you.
Goodbye & thanks
|
Email kedua
Quote:
Saudara Zamri
Saya sebenarnya telah lama berminat dengan internet bisnes ini namun banyak perkara yang membataskan saya untuk terus duduk dihdapan komputer mempelajari selok beloknya. Saya adalah seorang pekerja sektor awam dan saya kira sudah tiba masanya untuk saya ber'hijrah' mencari peluang internet bisnes. Motivasi tidak ada kerana memikirkan tentang hutang tetap yang perlu dibayar setiap bulan. Saya sememangnya tidak mahu bekerja makan gaji lagi dan saya juga tidak mahu mendengar orang menasihatkan saya untuk terus bekerja di sektor awam sementar menjalankan internet bisnes.
Jadi apa matlamat saya ialah berhenti terus dari sektor awam dan jalankan internet bisnes. Bagaimana? Saya tidak mampu kerana belum tentu dalam sebulan itu saya boleh menjana wang sebanyak yang saya dapat sekarang kerana saya pasti intenet bisnes ini memerlukan masa yang lama untuk pulangan berlipat kali ganda sedangkan saya harus membayar debt yang saya ada.
saya mohon untuk mendapatkan nasihat dan motivasi yang paling berharga dari saudara agar minda saya ini terbuka dan yakin berjaya sekiranya terus berhenti dari sektor awam. Tolonglah saya kerana tahap 'kebencia' bekerja di sektor awam telah semakin menebal dalam diri dan saya inginkan kebesan bekerja yang paling maksima sekaligus boleh manjana wang serta membesarkan anak-anak dan mengumpul harta.
Memang benar saudara zamri banayk menuis didalam email memebri kata-kata perangsang namun anya hanya dilapaisan luar shaja saya kira kerana saudara zamri sedang mencari pelanggan dan pendapatan ari motivasi saudara. Saya kadang-kadang telah bosan melihat terlalu banyak email yang berupa 'paksaan' untuk menyertai program internet bisnes. jadi didalam kepala saya sekiranya saya mneyertainya sudah entu saya akan menjadi mereka dengan menghantar email memaksa orang menjana wang dari internet. Sudah tentu ianya akan jadi begitu bukan?
Amat letih melihat email yang saban hari menggunakan ayat yang dikirakan hampir sama, 'memaksa' dengan kata lain memujuk menyertai. untuk pengetahuan telah banyak juga wang saya belanjakan untuk membeli ebook dsbnya termasuklah dari Dr. Irfan yang sehingga sekarang hasilnya tidak muncu;-muncul. Jadi apa sebenarnya teknik dan trick yang digunapakai oleh saudara dan yang lain-lainnya.
Saya percaya di Malaysia ini telah beribu-ribu orang mencuba namun yang berjya tidak sehebat mana. Jadi dimana kebenaran pernigaaan internet ini. Saya sungguh keliru, dengan teknik yang diperkatakan cthnya: gunakan ayat yang meyakinkan pengguna internet dalam email dsbnya. namun saya sendir menjadi bosan apabila mnerima email sedemikian yang saban hari tajuknya agak bermacam-macam.
Cerita saudara juga merupakan satu teknik memancing orang seperti saya untuk menyertainya, namun setakat mana? Benar saudara berjaya sekiranya saya mengikut kata saudara, namun setakat mana saya mampu bergerak begitu sedangkan beribu orang yang menggunkaan teknik yang sama. Tiada yang surprise. Saudara sahaja yang mengaut keuntungan. Tentu saudara akan berkata begini; ' gunakan ayat yang baik, jangan putus asa, jangan lupa memberi penghargaan kepada pelanggan, buat selalu, hanya 3 minit di depan kompuetr, duit dijana dalam tidur, TAPI what the heck is this? siapa yang berjaya sebenarnya. Suadara? tentulah kerana saya membayar kepada saudara untuk dijadikan coach. Ini semua mental psikologi yang tidak berkesan kepada saya. usaha telah dilakukan namun masih gagal. aik tentu saudara akan geleng kepala membaca tulisan sya. tentu saudara berkata sya ini kurang bersemangat dsbnya. psikologi approach yang begini pada saya sudah basi dan hanya menyusahkan saya.
hakikatnya saya masih berminat utnuk mencuba jadi berilah kata semangat yang lai yang tidak digunakan oleh orang lain yang telah lali ditelinga.
Saudara zamri, toonglah jangan bagi perangsang yang sudah saya biasa baca dan dengar untuk internet bisnes ini. bagilah input yang lain kepada saya sehingga saya boleh berkata wow, this is the moment of truth!..saya berharap saudara tidak hanya mengambil kesempatan atas nama saudara yang telah bertapak di arena internet bisnes ini untuk menjana keuntungan semata-mata. berilah satu peluang yang sama rata dan yang memberi manfaat sebeanr kepada pelanggan saudara. SAYA BOSAN!
Admin Nett***
m****.com
Tel: +6012-882****
|
Email ketiga
Quote:
Saudara Zamri, saya benar-benar sungguh fed up dengan usaha yang saya lakukan. Kadang-kadang naik menyampah denagn semua teknik internet bisnes ini, menyampah kerana saya tidak punya masa untuk berada di depan komputer - kata-kata 'hanya 5 minit setiap hari adalah satu lakonan sahaja bukan! menyampah kerana tidak berani berhenti dari sektor awam dan fully on this bisnes, menyampah kerana masa tidak akan menunggu saya, menyampah kerana tidak tidur malam membuat kerja lain di depan komputer tanpa menjana wang. menyampah kerana harus membayar bil internet setiap bulan tanpa ada income. please help me to realize my dream on ths bisnes, memang telah banyak ebook malah dr.irfan punya strategi pun dah ada, buku jangan cakaplah...apa sahaja sudah ada tapi tidak juga datangkan duit...marah kepada tuhan..oh tidak tapi marah kepada diri dan marah kepada ribuan yang menghantar email pujuk masuk bermacam-macam perniagaan internet, namun satu pun hampas belaka...
Admin Nett***
m****.com
Tel: +6012-882****
|
Email keempat
Quote:
En Zamri, please do not send any of your email again.
I think you've read my respond email, and i hope you
understand. Due to the nature of internet bisuness
that sucks i would like to stress here that you cannot
send any email to me. Otherwise i will sue you because
disturb privacy of people's life. Eventhough there is
no law that protect people on the net, i will makes
government alert about this. SHUT UP DUDE!
|
Hmmm... saya ni tempat lepas geram dia ke?
Dah la dia sendiri yang subscribe secara sukarela di VideoPercuma.com
pastu macam macam pulak kerenah...