Quote:
Originally Posted by budak69
Salam sejahtera,
Terima kasih di atas 'thread' rakan-rakan semua. Di sini saya ingin mencadangkan agar saudara Jebat Abd Kadir, penulis ebook istimewa "Panduan Asas Cpanel" menambah isi kandungan ebook tersebut dengan topik-topik berikut:
1. Langkah demi langkah setup autoresponder berbayar spt aweber dan getresponse ("harga yang perlu dibayar bagi perisian ini, cara set up langkah demi langkah, penerangan secara terperinci cara penggunaan tools yang ada di dalam autoresponder berbayar ini).
2. Langkah demi langkah set up mailing list secara terperinci.
Saya harap saudara Jebat akan membaca thread ini, dan saya tak sabar untuk memiliki ebook ini sekiranya kandungannya mengandungi topik-topik yang saya utarakan sebelum ini. Harap saudara Jebat dapat memaklumkan kepada saya sekiranya penambahan topik-topik tersebut telah dibuat.
Saya ada mendownload preview ebook istimewa itu sebelum ini. Penyampaiannya mudah difahami dan diikuti. Oleh itu, saya berharap sangat agar saudara Jebat mempertimbangkan cadangan saya ini.
Terima kasih.
|
Terima kasih atas cadangan ini. Emm.. autorespone berbayar dalam ebook cpanel.. Macam kuar tajuk je tu. Tapi boleh diadakan, mungkin sebagai tambahan maklumat pada sistem autorespone cpanel. Nanti saya fikirkan macam mana ye.
Pasal mailist cpanel.. sebenarnya dalam ebook terbaru ini ada ditunjukkan cara memasang Fantastico ini. Namun oleh kerana terlalu banyak tool-tool dalam fantastico, jadi sebagai pengetahuan saya hanya tunjukkan satu cara pemasangan sahaja, iaitu 'support desk' dalam ebook tu. Walaubagaimanapun cara pemasangan yang lain lebih kurang sama sahaja termasuk cara pemasangan mail list ni.
Cadangan ini menimbulkan satu idea. Nanti saya cuba aplikasikan ye. Terima kasih ye atas cadangan ini
