
01-29-2008, 11:11 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Mar 2007
Location: http://www.soyadiy.com
Posts: 838
|
|
Quote:
Originally Posted by budak69
Salam rakan-rakan forum,
Untuk makluman rakan-rakan, saya ingin mempelajari berkenaan dengan 'autoresponder' dan 'mailing list'. saya lihat banyak kelebihan 'autoresponder' dan 'mailing list' ni.
Saya ada ternampak sebuah ebook bertajuk "Panduan Asas Cpanel" karya Jebat Abd. Kadir di dalam forum wangcyber ni. Saya pun ada terbaca sepintas lalu senarai kandungan yang terdapat dalam e-book ni. Salah satu daripada kandungannya adalah 'autoresponder'.
Soalan saya seperti berikut. Adakah ebook istimewa ini ada membincangkan:
SOALAN#1
Langkah demi langkah set up 'autoresponder' and 'mailing list' di cpanel secara terperinci?
SOALAN #2
Ada tak penulis menerangkan bagaimana nak setup 'autoresponder' agar ianya dapat membalas sesuatu mesej yang telah diterima dengan berkesan?- maksud saya: misalnya, Ali hantar send email dari "alibaba@yahoo.com" (unautoresponder) ke email Osman "info@tangkapsotong.com" (autoresponder). Apabila osman membalas email ali dengan sebuah artikel. Nama Ali disebut berulang-ulang di dalam artikel tu (*tanpa ditaip secara manual oleh osman). Kalau osman hantar email ke Johan. Nama johan pulak disebut berulang-ulang di dalam artikel tu (*tanpa ditaip secara manual oleh osman).
Contoh Email/Artikel:
Email/Artikel#1
Hey Ali,
terima kasih kerana membeli perangkap sotong. Ali, jika anda mempunyai masalah dengan perangkap itu, jangan malu-malu hubungi saya ye Ali. Saya harap, Ali gembira dengan produk saya. Jumpa lagi.
Email/Artikel#2
Hey Johan,
terima kasih kerana membeli perangkap sotong. Johan, jika anda mempunyai masalah dengan perangkap itu, jangan malu-malu hubungi saya ye Johan. Saya harap, Johan gembira dengan produk saya. Jumpa lagi.
Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya hanya tahu sekelumit sahaja tentang 'autoresponder' ni. Setakat 'try' and 'error' je ler. Lepas tu tidur sebab tension. Banyak sangat 'form' yang kena isi kat 'autoresponder' ni. Tambah-tambah lagi dalam Bahasa Inggeris. Ini yang saya lemah ni.
Harap rakan-rakan yang pernah membeli dan membaca e-book ini, dapat memberi pandangan peribadi mereka terhadap ebook ini. Maksud saya, adakah ebook ini boleh membantu saya dalam mendalami tentang topik 'autoresponder' dan 'mailing list' serta dapat menjawab pertanyaan yang saya kemukakan sebentar tadi.
Terima kasih.
|
Saya tak pasti sebab tiada autoresponder dalam cpanel . Even fantastico. Yang ada mailing list manager .
|