erm..memang Malaysian kebanyakkannya telah dikaburi dengan senario serta persepsi yang berbeza mengenai perniagaan internet.Topik ini hangat dibincangkan di forum ini suatu ketika dahulu dan ramai yang sudah mula menyedari dan pelbagai usaha telah dibuat untuk menyedarkan masyarakat akan perbezaan antara pelaburan internet dan perniagaan internet..
bile berkata mengenai perniagaan internet ramai yang kata.."Erm..bisnes ape ko masuk?Forex?Em-pay?Prepaid?MLM?Aku bisnes Forex je"
bagi saya itu bukanlah bisnes..tetapi adalah program atau kaedah yang digunakan untuk mendapatkan duit..sama ada secara sah atau pun yang berupa scam dan MLM yang bukan pure MLM..
bisnes bagi perniagaan internet adalah seseorang itu mengetengahkan servis atau produknya dan kemudian dijual melalui internet yang mana segala usaha dan sumber produk atau servis tersebut adalah melalui individu itu sendiri bukan?
