View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 01-27-2008, 11:35 AM
johari's Avatar
johari johari is offline
WC300
 
Join Date: Jan 2008
Location: Pearl Of The Orient
Posts: 477
johari is an unknown quantity at this point
Send a message via AIM to johari Send a message via Yahoo to johari
iTrader: (0)
Thumbs up Bagaimana Cara Menarik Minat Golongan 40an Bergiat Dalam Perniagaan Internet

Asallamualaikum!

Salam hormat dan sejahtera kepada member-member ruangan forum yang paling tersohor diabad ini.
Pertama sekali saya amat berharap agar penampilan saya kali ini akan diterima oleh "Forum Leader" dan penulisan saya ini tidak kena pukulan " nockout",mudaha-mudahan insyaallah.
Saya ada terbaca diruangan komen seorang sahabat dalam komennya tentang golongan 40an VS 20an.
Cerita ini berkisar tajuk mengapa tiada golongan umur 40an yang terlibat secara aktif dalam perniagaan Internet yang hangat sekarang ini. Dalam subjek ini ada pro dan kontra.
Oleh sebab itulah saya terpanggil untuk membicarakan cerita ini dan berkongsi idea dengan anda bagaimana boleh kita menarik atau menanam minat mereka dalam perniagaan ini.
Sebelum itu, ada baiknya kalau saya garapkan tentang diri saya dahulu kerana saya juga adalah seseorang yang berusia dalam 40an dan pada julai 2008 ini genaplah umur saya 40 tahun ( muda lagi kot-live begin at 40yr ).
Saya adalah seorang anggota tentera dalam perkhidmatan udara dan telah berkhidmat selama 24 tahun ( kerana saya mula menyertai perantis putera pada usia 16 Tahun).
Saya memiliki " Diploma Of Nursing care dari Medical And Dental School, Malacca". Setelah tamat belajar saya memulakan kerjaya sebagai "Medical Asisstant" sehingga kini. Pernah berkhidmat diluar Negara di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu ( PBB ) dan ( NATO ) seperti di Bosnia Herzegovina, Itali, Yuguslavia, Croatia dan Negara-negara Eropah.
Baik berbalik kepada topik kita tadi, berbagai tohmahan dan pendapat yang saya dengar dan baca kenapa?, mengapa? sebab apa?, golongan umur seperti saya amat jarang ( ada la tapi tak ramai) yang terlibat dalam perniagaan Internet walhal sebenarnya perniagaan Internet ini betul-betul wujud dan boleh mendatangkan keuntungan yang besar jika di buat dengan betul dan mengikut panduan serta bersungguh-sungguh.
Pernah tak anda dengar tentang kumpulan penyanyi di era 80an, seperti Alleycat, Blackdog Bone dan ramai lagi.Itulah era zaman kegemilangan kami golongan 40an.
Sebenarnya ramai golongan di era ini masih lagi mengalami trauma dan mimpi ngeri tentang skim-skim sebegini,pada zaman itu tiada kemudahan secanggih ini , yang ada hanyalah mesin taip mana nak cari komputer time tu.
Zaman itu juga wujud perniagaan seperti yang diwujudkan kini di Internet , cuma kaedahnya saya yang berbeza dan menggunakan cara manual.
Apa yang saya maksudkan adalah pada zaman itu wujud pelaburan seperti PAK MAN TELO, SKIM 150, SKIM 350, SKIM 750 DAN PLATINUM serta banyak lagi.
Anda mungkin belum dilahirkan lagi pada masa itu dan mendengar segalanya melalui ibubapa atau orang-orang tua.
Ramai di kalangan penduduk sekitar utara tanahair terlibatdan memang pada mulanya rata-rata dikalangan kami yang melabur menjadi jutawan segera kalau tak pun memang hidup senang lenang,mampu membeli kereta mewah, berbelanja wow tak terkata mewahnya.
Tetapi itu hanya bersifat sementara sahaja apabila tup-tup tokey lari dan kena gam dengan gomen ( kerajaan ).Putih mata , mula la ada yang jadi gila pun ada (ini kisah benar), apa tidaknya lumrah manusi tak pernah bersyukur dengan apa yang ada. Saya sendiri pernah menjana sehingga RM30 ribu tak sampai pun 1 tahun, bayangkan nilai RM30 ribu pada ketika itu,fulamak kaya gilerrrrr?
Kerana nak lagi tambah kaya kami labur lagi lepas tu mulalah segala impian hanya tinggal impian. Saya masih bernasib baik kerana mempunyai pekerjaan dan gaji tetap, jadilah lah terasa sangat. Bagi mereka yang tak punya pekerjaan tetap dan semata-mata harapkan wang tersebut cam na. Saya yakin kalau anda pun dilahirkan ketika sure punya anda pun akan melabur. Rabun mata beb! tengok kawan-kawan hidup senang walaupun seketika cuma.
Jadi inilah igauan dan mimpi ngeri yang tak dapat di padamkan dari memori kami yang berusia 40an.
Walaubagaimana pun saya berjaya menghakis perasaan itu dan saya mengkaji sebelum terlibat dalam perniagaan Internet masa kini. Tapi bagaimana dengan rakan-rakan yang lain, mereka masih lagi tak percaya kesahihan menjana wang di Internet, kekadang mereka memperlekehkan saya, apa nak buat dah nasib.
Kesimpulanya tujuan saya menulis disini adalah untuk mengajak anda semua memberi buah fikiran dan idea yang bernas bagaimana untuk menarik minat golongan ini dan bagi memeriahkan perniagaan ini dimuka bumi Malaysia .
Sila beri komen yang bernas dan dapat membantu??"??

Jumpa lagi,

Salam > jo -jo - johari ( JOM PI PEKENA BIHUN SUP GEAR BOX PENANG)

Last edited by johari; 01-30-2008 at 01:12 PM. Reason: Program failure


Reply With Quote