Quote:
Originally Posted by ramzy0
nampaknya kene buat satu hamalan khas FAQ
[frequently ask question] nih. letak kat visible places
kat web tuh.
|
ramzy, tak semua mereka mahu membaca. Mereka lebih suka guna cara short cut iaitu tanya jer. Boleh dapat jawapan yg terus kepada persoalan. Tak payah bazir masa nak baca itu dan ini. Takder masa.
Tapi cara mereka yg malas baca ni merugikan mereka sebenarnya. Daripada dok menunggu kita respon emel mereka, kan bagus baca je jawapan yg dah diberi kat FAQ.
Itu satu jenis. Sikap yg lain pula ialah, mereka ni dah baca web dan FAQ sekali, tapi masih hantar emel semata2 sebab nak berhubungan atau kenal dgn kita dulu sebelum membeli. Ya lah, takut kena tipu.
Selagi boleh dan perlu layan mereka, layan je lah dgn sabar. Kadang2, kita perlu memahami sikap mereka ni.
Contoh koleksi karenah bakal pelanggan saya yg lain:
Saya promote satu ebook ni. Then dia send emel kepada saya dengan mengatakan,
"kamu kata ebook ni free, tapi skrg kamu suruh saya bayar RM50.00 pula. Kamu telah menyalahi etika usahawan internet dan merosakkan nama kamu sendiri! Harap dapat perbetulkan hal ini!".
Amboi2, suka hati je dia tuduh kita macam tu. Actually, emel mcm ni lah yg saya suka. Orang kata,
pulang paku buah keras. Dia keliru sebenarnya. Ebook yg free tu bertajuk A dan yg berbayar tu bertajuk B. Takkan yg tu pun dia tak boleh nak faham. Mudah je kan? Jadi dia ingat, apa yg saya promosikan tu adalah ebook yg free tersebut.
Then saya balaslah balik dengan menyatakan kekeliruannya tersebut. Akibat saya ni tak suka bersirat-sirat, tak tahulah apa reaksinya nanti dgn emel yg saya balas tu.
Tak pasal2 dia memalukan diri sendiri. Lain kali faham betul2 dulu sebelum menuduh, atau lebih bagus bertanya dahulu agar diri benar2 tahu dan faham. BUKAN terus tuduh scr melulu lagi-lagi tuduhan yang berat.