Alahamdulillah akhirnya saya berjaya utk turut serta dalam forum ini...Saya sebenarnya melibatkan perniagaan internet ni dah lama cuma agak ketara pendapatan & hasil jualan bermula Julai 2006. Alahamdulillah sekarang telah mendapat tempat khususnya di harakahdaily.net
Cuma pada saya, kerenah pelanggan ni terpaksa kita lalui sbb perniagaan internet ni adalah sgt baru terutamanya rakyat malaysia.Kita ni sebenarnya perintis kepada perniagaan yang sgt baru utk rakyat malaysia. Syarikat telekomunikasi Celcom,maxis & sbg memakan masa hampir 3 tahun setengah utk memperkenalkan sistem sms. Namun pd hari ni kita melihat sms boleh dikatakan penyumbang utama kpd mereka
Lagi satu rakyat malaysia ni tak minat untuk membaca. Satu statistik saya ada terbaca rakyat malaysia hanya membaca 2 helai sahaja dalam masa setahun! Sbb itu kalau bagi penerangan berjela-jela pun dia tetap akan tanya...? Hai....kesian
Dalam web saya sebagai contoh, saya ada sertakan panduan beli cara online.....tp mereka tetap tanya mcm mana nak beli....?? Tp dalam hal ni saya berpegang kpd Dr Irfan Khairi, : walaupun anda memberikan penerangan kpd pelanggan anda dalam website, namun mereka tetap hantar email pd anda bagaimana nak beli? hehe... rupanya apabila saya buat memang betul...
Saya rasa berpuluh-puluh email saya hantar memberikan jawapan yang sama, Ini adalah sebagai bukti bahawa email kita benar-benar berfungsi dan memainkan peranan di dalam menyelesaikan masalah mereka.....
Oleh kerana benda ni masih baru, sabar itu penting! Sama-samalah kita mendidik rakyat malaysia bagi memahami perniagaan online ni
Kalau nak tgk web saya sila ke signature saya di bawah ni....
Salam perkenalan dari saya
Ust Zulhilmei