View Single Post
  #57 (permalink)  
Old 01-24-2008, 05:50 PM
smartusaha's Avatar
smartusaha smartusaha is offline
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Hehe.. Silakan lepas geram kat sini. Tapi dalam masa yg sama, kita tingkatlah mutu perkhidmatan kita dan latih diri agar kita memiliki kawalan emosi yg tinggi.

Kita kadang2 tak dapat nak ubah manusia, melainkan kita bijak berurusan dengan mereka. Malah kadang2, kita perlu juga berurusniaga dengan manusia yg mmg tak akan berubah cara dan sikapnya.

Malah kita juga perlu sering menilai, sejauh mana mutu perkhidmatan kita. Kadang2 dgn komen dan karenah pelanggan ni lah kita nampak kekurangan kita. Berterima kasihlah kepada mereka jika mereka ada komen itu dan ini. Ia lebih baik daripada kata mereka macam2.

Saya, begitu banyak belajar daripada karenah dan komen2 pelanggan. Kita bukanlah 100% lengkap dan perlu 'belajar' daripada mereka. Dan satu lagi sikap yg perlu kita jauhi ialah "aku selalu betul". Terkadang walau pelanggan tu betul pun, kita tetap ego dan degil kata mereka salah. Bahaya sikap mcm ni.

Point kat sini: Bijak di dalam melayan karenah mereka. Sebab mereka ni banyak lapisan, daya faham rendah tinggi, tingkat ilmu, umur dan persepsi yg berbeza-beza.

Pembeli berhak tanya macam-macam, TAPI kalau dah tanya soalan yang tak patut, mmg tak wajarlah. Contoh yg selalu saya terima:

Saya promote Panduan Bina Blog. Then ada yg hantar emel dan tanya, "En Zul, bagaimana cara bina blog?". Hoho. Kalau nak tahu, belilah Ebook tu. Kita dok explain macam2 pasal ebook tu, boleh lagi ditanya mcm mana cara nak bina blog. Padahal ebook itulah jawapannya.

Koleksi saya yang lain:

1. Kita suruh mereka tunggu paling lama 48 jam untuk terima link download (biasanya dalam kurang 12 jam dah settle), tapi sejam dua lepas buat payment, terus send SMS, "En Zul, saya dah bayar, tapi tak dapat-dapat lagi". Kita kan dah cakap, kalau dalam 48 jam masih tak dapat, barulah contact untuk support.

2. Ada yang beberapa minit dapat Ebook saya, terus dia hantar SMS suruh saya pulangkan duit dia. Bacalah betul2 dan dengan sabar dulu. Ini tidak, dia serkap jarang jer kata isi kandungan tu amat susah untuk difahami. Tapi dalam ratusan pelanggan saya, inilah satu2nya kes minta refund.

3. Ada nak jumpa tapi saya kata, saya buat perniagaan internet, bukan perniagaan offline. "Kalau awak tak biasa buat pembelian online, maka biasa2kanlah". Jangan terus beralasan itu dan ini. Tak cuba, tak tahu.

Sejak saya buat ebiz ni, tak sampai 10 orang customer saya jumpa. Salah sorang tu pun sebab 'accidently' terjumpa. Dok borak2 panjang dgn dia, "tapi customer aku rupanya".

ps. Saya stick-kan thread ni sebab ia sangat bernilai untuk kegunaan para usahawan sekalian.


Reply With Quote