View Single Post
  #38 (permalink)  
Old 01-22-2008, 10:00 PM
smartusaha's Avatar
smartusaha smartusaha is offline
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Karenah pelanggan yg saya hadapai sampai sekarang dan akan hadapi sampai bila-bila:

"mereka minta macam-macam yg di luar skop support saya. Saya dah khabarkan awal-awal yg support saya untuk sekian dan sekian perkara sahaja. Tapi bila mereka minta sesuatu dan saya tak bagi atau tak jawab, mereka akan terasa hati dan menganggap yg saya tak tunaikan apa yg saya janji".

Padahal, kita hanya janji sekian dan sekian sahaja, bukan janji apa yg dia minta.

Satu lagi perkara, perasan tak anda semua. Di dalam bisnes ebook, kebanyakan pembeli menganggap ia adalah kursus atau consultation. PADAHAL, ebook sama sahaja seperti buku. Kalau anda beli buku, ada tak anda contact penulis buku tu dan tanya macam2? Tapi kenapa perkara ini terjadi kepada penulis ebook?

So, bisnes ebook bukan lagi jual beli ebook sahaja, tapi banyak menjadi kepada consultation. Ebook adalah ebook, ia bukan kursus atau sesi soal jawab itu dan ini, melainkan si penulis ebook itu mahu membantu.

Tip saya kepada penulis ebook, buatkan dua pakej harga:

Harga 1 (rendah): Hanya beli ebook TANPA support/consultation. Pelanggan pakej ni hanya diberi support spt ebook corrupt ke, update ebook ke. Tapi kalau nak tanya lebih2, tak boleh.
Harga 2 (tinggi sikit): Ebook + consultation/support. Boleh tanya apa sahaja yg berkaitan isi kandungan ebook.

InsyaAllah, saya akan praktikkan kaedah di atas kelak kepada bisnes saya.

Dalam bisnes, masa adalah aset yg amat penting. Melayan karenah2 yg tidak penting dan tiada nilai adalah satu KESILAPAN BESAR yang kebanyakan usahawan lakukan. Termasuklah saya. Hoho..

Apabila sudah bernama manusia, maka tak semuanya sama semuanya dan ada 1001 perangai. Al-maklumlah, dunia online. Tekan je keyboard, bukan nampak muka pun nak cakap mcm2. Sebab tu dalam ebiz lebih mudah kita dapat complaint itu dan ini.

Walau apapun, ini adalah adat di dalam dunia perniagaan. Memang membuatkan kita letih, unmotivated dan mcm2 lagi. TAPI, itulah asam garamnya. Hadapilah karenah2 manusia ini dengan sebijaksana yg mungkin.


Reply With Quote