
01-08-2008, 06:06 PM
|
 |
New Member
|
|
Join Date: May 2007
Posts: 42
|
|
???????????????
Quote:
Originally Posted by myguide07
Assalamualaikum & salam Sejahtera,
Masanya telah tiba & saya dengan ini mengambil keputusan untuk mengundur dari thread & forum ini. Yg bermula tetapkan berakhir. Lagipun matlamat saya sudah tercapai.
6 bulan dalam forum ini, berbagai ragam saya temui. Cukuplah sampai di sini perjuangan ini. Saya tak mahu mengajar lagi. Anak murid yg sedia ada pun dah ramai. Rasa macam terabai pulak. Memang rasa banyak yg nak ditulis lagi tapi bila fikir balik betapa ramai yg sanggup belajar keluar duit sendiri, terpaksa saya batalkan saja niat sebelum ini. Terasa seperti tidak menghargai mereka.
Untuk itu saya terpaksa mengakhiri thread ini dalam forum WC. Terima kasih kepada tuan rumah kerana diberikan ruang & kesempatan menulis bicara di sini. Mohon jutaan ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa atau menyakitkan hati pihak-pihak tertentu. Sebagai manusia, kita takkan lari dari kesilapan.
Terima kasih untuk semua yang sering mengikuti thread ini. Terima kasih juga dengan ulasan yg adakalanya umpama penawar mahupun racun. Mungkin dengan pengunduran ini akan memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Sebab itulah segala penulisan saya sebelum ini turut pergi bersama saya. Sesungguhnya saya tak mahu ianya dinilai sebagai penulisan tetapi sesuatu yg boleh tersemat dlm ingatan.
Saya tidak akan mengajar lagi. Cukuplah......... Macam-macam masalah, skandal, penipuan & krisis yg saya temui. Satu pengalaman yg cukup menarik . Semoga perjalanan seterusnya lebih baik.
Kepada mereka yg pernah bersama saya mengharungi pahit maung Forex ini, harap terus hubungi saya. Begitu juga kepada mereka yg pernah belajar. Sekarang bagi saya bukan waktu belajar lagi, tapi waktu mengharungi lautan gelora trading ini. Kembali dengan sepenuh hati. Tidak ada penjelasan lagi tapi hanya tindakan & kepantasan fikiran untuk menempuhnya.
Untuk semua yg pernah belajar bersama, MASA SUDAH TAMAT UNTUK E-BOOK. Ini masa praktikal. Hubungi saya terus sebab selepas ini kita perlu bergabung tenaga mengharunginya. Banyak perubahan akan berlaku. Bersedialah untuk bangun kesekian kalinya, teruskan berusaha, sekuat & segagah mungkin.........
Kejayaan itu ada.........Cuma kita belum memperolehinya. Percayalah...... Sesungguhnya.... Dlm kemiskinan itu ada kesabaran, ada kekuatan.... Sesungguhnya.... Hanya mati yg menentukan kita sudah berjaya atau gagal.
Kuatkan semangat & tawakal.... Selagi kita tidak berhenti berusaha dan selagi kita menurut segala arahanNYA nescaya diberikanNYA sesuatu agar kita terus tunduk & akur kepada kehendakNYA............
SELAMAT MAJU JAYA.
MYGUIDE07.
.....................................THE END............................................... ....
|
...............................................
|