View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 12-07-2007, 07:41 PM
shueqry's Avatar
shueqry shueqry is offline
Senior Member
 
Join Date: Aug 2006
Location: KK, Sabah.
Posts: 385
shueqry is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to shueqry
iTrader: (0)
Default Tips Blog, Blogger, Blogging

Salam members, saya membuka thread ni dengan niat
nak mengajak kita semua berkongsi ilmu pengetahuan
tentang blog, blogger dan blogging sebagai salah satu
sumber rezeki halal di Internet.

Actually saya banyak di tanya tips-tips berblog, walaupun saya
tulis blog motivasi saja. Dek kerana keseronokan mahu berkongsi
apa yang saya tahu, saya jawap semua email yang ditanya
pada saya pasal blog, blogger dan blogging.

Lalu semalam timbul idea nak berkongsi ilmu yang saya tahu pasal
penulisan blog, blogger dan blogging di satu tempat
bersama member-member yang boleh share lebih banyak info untuk
newbies dan sesiapa saja. Bersama memajukan diri!

Ok, oleh kerana saya yang start, ni simple tips untuk
menjadi seorang blogger berjaya. Anda perlu :

1. Jujur, bersikap positif dan sanggup berkongsi ilmu.

2. Tulis apa yang menjadi minat Anda, yang Anda banyak
tahu lebih dari orang lain.

3. Think how you can be different.

4. Bina identiti penulisan sendiri dan be original.

5. Tahu strategi pemasaran online.

6. Konsisten update blog, tulis content yang menarik
dan bina komuniti pembaca step by step.

Saya jemput member-member lain untuk menambah. Biar kita
kongsi semua apa yang kita tahu pasal blog, blogger dan blogging,
tak kisah walau apa jua platform, sama ada Blogspot, Wordpress,
BlogMas, TBlog mahupun LiveJournal..

All For One, One For All..


-Shueqry-
__________________
iMotivasi Berpindah Ke Platform Wordpress.
http://www.imotivasi.com
+ kini dengan 1333 subscribers!


Reply With Quote