Terima kasih semua atas respons yang diberikan. Kami tidak sempurna tapi akan berusaha ke tahap yang lebih baik.
Sebenarnya ada sebab kenapa SaifulSham.com di hostkan di server lain dan website lain semua di hostkan di server lain.
Begini (saya harap tak ada yang merungut sebab panjang pula)
Sebenarnya, semua laman web perniagaan kami berada di salah satu
server perniagaan internet. Antaranya:
EcommerceMastery.com (ecomm)
Saudagar.com.my (PRO)
PlanesPlanet.com (PURE) -
di sini banyak website "income generating" ecommerce kami
Semua server2 yang kami ada (ketiga-tiganya) ada laman web kami
sendiri. Jadi susah senang, jatuh bangun sesebuah server, kami akan terima tempiasnya.
Kenapa SaifulSham berada di tempat lain?
Sebab SaifulSham.com tu, saluran komunikasi rasmi kami.
Kalau katakan bala bencana datang menyerang (Satu Amerika
Syarikat kena bom nuklear dengan US+Rusian) misalnya
dan semua server cair, kami boleh still inform customer.
Kami tetap boleh maintain komunikasi dengan customer.
Cuba dengan SaifulSham.com sekali out, macam mana kami nak beritahu
pelanggan? Nanti ada orang tuduh kami cilok pula...
Ini adalah prosedur biasa, apa yang kami cuba buat adalah
"
fail safe" system. Bukan sebab tak cukup duit untuk combine
dalam satu server ke apa ya. Ia bukanlah fail safe system sebenar,
tetapi
fail safe jugalah ikut definisi kami. As long as it works, it works.
Kami tak combine sebab jika sesebuah hosting company tu kalau
depend on satu server sahaja, itu bukan satu tindakan yang bijak.
Satu server meragam, semua client terkena tempiasnya.
Lagipun, ada beberapa sebab lagi sebenarnya kami buat begitu.
Boleh baca sedikit di sini untuk dapat gambaran kasar:
http://www.saifulsham.com/index.php/archives/2007/11/29/perniagaan-internet-anda-sebuah-gerai-restoran-atau-francais/
Tetapi, jangan bimbang. Setiap server ada paling kurang
satu laman web kami. Jika ada satu bermasalah, kami
ada "share" kesusahan dan kami akan berusaha keras
untuk naikkan pula kerana laman web2 kami juga ada di sana.
Contoh peristiwa terbunuhnya server PURE beberapa bulan
lepas, kami kerugian beribu-ribu ringgit juga.
Jadi, happy hosting!
Oh ya, kami bukan syarikat hosting terbaik di Malaysia, dan bukan
juga yang terhebat. Kami juga tidak mahu pelanggan yang mencari
syarikat hosting yang terhebat.
Kami mahu mencari pelanggan yang mahu membesar bersama kami.
We Grow As You Grow. (
and we will do everything humanly possible to ensure your growth)
Salute!
Sabri
Sample of our feedback dari pelanggan kami (unsolicited testimonial unedited, kami cuma tambah nama dan website sahaja).
Quote:
Secara peribadi, saya amat berpuashati dengan perkhidmatan yang saudari berikan kepada saya. dari '0' (tak Tahu) kini saya boleh membena laman web saya sendiri. itu pun dengan bantuan saudari walaupun saya agak cerewet (banyak tanya). cuma saya sibuk sedikit sebab terpaksa menguruskan syarikat saya. itu sebab website saya lewat untuk disiapkan.
sekian terima kasih.
Fahmi Mohd Khairudin
www.koleksibajuku.com
|