View Single Post
  #15 (permalink)  
Old 12-02-2007, 11:34 PM
Saijuhan's Avatar
Saijuhan Saijuhan is offline
WC300
 
Join Date: Nov 2007
Location: Petaling Jaya
Posts: 459
Saijuhan is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Saijuhan
iTrader: (3)
Default

Isi kandungan web tu...

"Siapa Lagi Mahu Menjana
RM100~RM500 Sehari Secara
Automatik DiRumah, Walaupun
Anda Tiada Produk Dan Tidak
Tahu Internet Langsung!"

Assalamualaikum...

Yang ini saya bukan nak buat cerita... Dalam kajian saya mengenai laman web macam ni sebenarnya banyak unsur pernipuan. Sebab kan, saya sendiri pernah berjumpa dengan sorang webmaster laman web yang lebih kurang sama guna ayat tu...

Nak tahu macam mana diorang punya TEKNIK PEMASARAN yang diorang kata HEBAT tu...

1 : Anda beli produk diorang yang bernama TEKNIK / FORMULA terhebat

2 : Diorang akan ajar kita macam mana perjalanan website tu dengan hanya menjadi RESELLER terhadap TEKNIK / FORMULA ni.

3 : Diorang sediakan website dengan isikandungan yang hampir sama. Perbezaan kadang-kadang terletak pada nama dalam cheque and bukti pendapatan (sebeb diorang dah kumpul orang2 yang berjaya jer, yang tak berjaya, diorang tak letak)

4 : Pembeli hanya MENUNGGU siapa2 jer yang terkena perangkap website tu...

Nak tahu macam mana saya boleh tahu pasal ni... Saya bukan guna akal jer, tapi saya DAH JUMPA salah seorang daripada mereka !!! Benda ni terbongkar masa saya jumpa sorang abang ni kat Langkawi minggu lepas. Saya tak terkejut lepas dia cerita sebab saya dah lama terfikir pasal teknik ni cuma itulah kali pertama saya jumpa orang yang guna teknik ni...

Beli dan Jual Semula (RESELLER)... Income yang ditunjukkan BUKAN MEREKA yang punya, tapi owner yang cipta teknik/formula tu...

Jangan marah, saya tahu ramai yang cari rezeki, tapi biarlah berlandaskan hukum syarak. Rujuk laman web : http://www.zaharuddin.net and boleh cari banyak maklumat perniagaan yang berlandaskan hukum syarak, halal dan haram...

Cara/Teknik/Formula macam website tu tak menipu orang ramai ker ???
__________________
AWAS !!! Pengguna ini sering diberi Amaran Tatatertib kerana tidak dapat mengawal Psikologi dan Ideologi-nya yang sering membuak-buak serta ingin meletus seperti pop-corn yang sedang dimasak...

Perkhidmatan MEMBINA LAMAN WEB Berasaskan PHP... Fresh Script... Semua Jenis Laman Web...


Reply With Quote