Saya ada ditawarkan pelaburan macam ni lama dulu. Bila saya tanya kenapa nak dapatkan modal dari orang awam dan bayar faedah yang tinggi sedangkan kalau dapatkan modal dari bank, faedahnya jauh lebih rendah.
Jawapannya kerana nak tolong orang Melayu. Saya kata oklah, tak minat. Dalam hati kata, siapalah kamu nak tolong orang sangat, gaya & kesungguhan nak sponsor lebih kepada nak kebas duit orang.
MLM yang ditawarkan pada saya tu produknya Stromberg (alat penjimat minyak) dan pulangannya sekali ganda dalam 8 bulan, sama macam yang Metro tulis tu. Tak pastilah jika Metro maksudkan company yang sama.
|