Salam Sejahtera kawan-kawan!
Terima kasih kepada mereka yang sangat prihatin terhadap perkembangan isu ini. Dan terima kasih juga kepada abdfatah, en sukeri, Fai dan beberapa orang lain yang menghantar email kepada saya memberitahu perkara ini.
Hampir seminggu laman web kuasawang.com bermaharajalela dengan menjual pelbagai harta intelek orang lain secara tidak sah. Ramai juga IM yang lain terlibat dalam hal ini.
Saya hanya membaca posting disini dan tidak berkesempatan untuk membalas. Saya lihat kes ini bukan kes yang pertama berlaku sebaliknya sudah beberapa kali berlaku. Sekiranya telah beberapa kali berlaku, saya tertanya apa penyelesaian kes-kes seperti ini sebelum ini? Adakah kes tutup seperti itu sahaja atau terdapat sebarang tindakan undang-undang yang telah diambil sebelum ini oleh tuan punya harta intelek ?
Saya buat sedikit kajian mengenai ecommerce law ni.. kalau2 ada yang nak ambil tindakan undang2 lepas ni
Saya rasa tiada sebarang tindakan undang-undang pernah diambil di Malaysia dalam pertikaian hak cipta di internet sebelum ini. Bila saya kaji sebenarnya tiada undang-undang ecommerce di Malaysia yang melindungi kejadian seperti ini. Di Eropah, ecommerce law memang jelas menyatakan setiap akta mengenai perkara yang berkaitan dengan ecommerce.
Setelah saya kaji, dalam kes ini mungkin akta yang boleh diguna pakai anda Akta Hak Cipta 1987. Dalam kes ini, hosting berada di luar negara tetapi pemilik domain (tokei) kuasawang.com secara relatifnya di ketahui adalah orang Malaysia. Sekiranya kita membawa kes ini ke mahkamah, kita boleh mendapatkan perintah injuksi dari mahkamah untuk menghalang pemilik (orang malaysia) dari menjual ebook2 tersebut dan seterusnya pemilik tersebut boleh dikenakan tindakan diatas Akta Hak Cipta 1987. Untuk suspend hosting atau meminta syarikat hosting untuk suspend domain@account adalah susah sikit kerana hosting tersebut menggunakan Akta Ecommerce US, Canada dan Eropah.
In Europe, the Electronic Commerce (EC Directive) Regulations 2002 being practice which obliges every owner of a website to have a pre-contract and pre-offer formalities and information.
In Malaysia, by practice, none of the website owner really put sufficient effort provide user with this kind of information – No Directive or Regulation
So akta lain-lain dan tak sama. Dalam kes ini, hosting diluar negara tetapi owner kuasawang.com (maybe dan kemungkinan besar) orang malaysia @ di malaysia. Perintah injuksi dari mahkamah di malaysia boleh diterima pakai oleh negara luar dengan adanya pakatan antara undang-undang.
Kes ni sama macam kes Malaysiakini dulu. Injuksi dari mahkamah dari menyiarkan beberapa berita yang dikatakan tidak betul. So dalam kes ini, injuksi untuk menghalang jualan produk yang melanggar Akta Hak Cipta 1987
Entah lah.. complicated sikit cyberlaw ni.
Saya rasa nak buat laporan polis selepas ini. Bergantung kepada legal advisor, tengok lah tindakan seterusnya sama ada boleh dibawa ke mahkamah atau tidak. Kalau identiti pemilik kuasawang.com tidak dikenali, saya tidak pasti adakah pihak defenden cukup dikenali sebagai pemilik sahaja. Kalau perlu, plaintif boleh terdiri dari beberapa orang penulis yang ebooknya dimanipulasikan.
Bukan nak duit, tapi legal action yang kita ambil mungkin boleh menjadi deterrent@pelemah kepada penggiat2 plagiat ni. Dah selalu sangat berlaku camni, mana bule tahan.....
Wallahualam...
__________________
Satu-satunya Seminar Perniagaan SMS Yang Telus dan Berani
Seminar akan datang pada 17 Januari 2009. Daftar segera!
seminar.akademisms.com
Catatan Seorang Usahawan Teknologi, SMS & Internet www.irwandahnil.com
|