View Single Post
  #9 (permalink)  
Old 10-31-2007, 06:47 PM
zinedine zinedine is offline
Pioneer Member
 
Join Date: May 2006
Posts: 1,010
zinedine is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

Saya beri jawaban dari sudut hukum pulak berdasarkan apa yg diajar oleh ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

Cerita 1:
Hukumnya haram sebab syarikat itu telah menetapkan keuntungan 10% atau RM500.00 tiap2 bulan selama 5 tahun. Kadar keuntungan yg dijanjikan adalah tetap dan tidak berubah samada naik atau turun.

Cerita 2:
Hukumnya haram sebab syarikat itu telah menetapkan keuntungan RM250.00 tiap2 bulan selama 7 tahun. Kadar keuntungan yg dijanjikan adalah tetap dan tidak berubah samada naik atau turun.

Dalam sistem pelaburan sistem Mudharabah yg berlandaskan syarak, setiap pelabur yg memberikan duit sebagai modal pelaburan kepada sesebuah syarikat, tidak akan dijamin bahawa dia (pelabur) akan mendapat keuntungan yg tetap dan mesti mendapat nilai keuntungan yg berubah-ubah. Ini bermakna, pelabur akan menghadapai kemungkinan rugi atau untung dalam pelaburannya. Penetapan untung/rugi syarikat adalah berdasarkan keadaan ekonomi semasa dan prestasi syarikat.

Jika syarikat pelaburan itu telah menetapkan bahawa pelabur akan mendapat jumlah yg tetap (dan tidak berubah samada naik atau turun) maka hukumnya haram kerana kontrak pelaburan mudharabah itu telah bertukar menjadi kontrak pinjaman. Maka, keuntungan yg dijanjikan secara tetap itu telah bertukar menjadi "faedah" atau "interest" pinjaman yg dihukumkan sebagai riba seperti, syarikat pinjam duit sebanyak RM3000 atau RM3500 dan syarikat berjanji bayar balik RM500 atau RM250 tiap2 bulan selama 5 atau 7 tahun. RM500 dan RM250 tu adalah interest/faedah pinjaman yg dibayar oleh syarikat kepada peminjam (Pelabur) secara tetap. Maka ia haram. Macam Fixed Deposit lerr..

Secara kesimpulannya, pelabur dan syarikat mesti bersama-sama menanggung untung & rugi. Bukannya syarikat menjanjikan kadar keuntungan, kerana jika syarikat rugi, dia mesti terpaksa membayar untung/dividen kepada pelabur jumlah yg dah ditetapkan. Maka di sini syarikat adalah pihak yg dianiaya. Pembahagian keuntungan yg dibenarkan dlm sistem Mudharabah adalah berdasarkan nisbah iaitu keuntungan keseluruhan syarikat dibahagikan secara peratusan seperti syarikat ambik 70%-pelabur 30%, 60%-40% dan sebagainya.

En. Aku boleh terangkan lagi pasal bab2 pelaburan ni sebab dia pakar bab ni.


Reply With Quote