Quote:
Originally Posted by abdfatah
dan ada yang promote pun yahoogroups. nak promote kat mana lagi jika tidak di yahoogroups. ada yang dah dapat dah. dan dari senarai nama yang ada dalam pendaftaran yang berbayar pun mendapat bayaran lebih dari modal rm40 yang dikeluarkan.
itu belum lagi yang bayar berkali-kali. berapa banyak mau bayar atas nama yang sama berulangkali?
baru seminggu join dah dapat rm200. tak dapat cepat apa kebendanya. senarai nama yang daftar berkali-kali begitu banyak sekali sehingga angka 40 lebih atas nama akaun yang sama.
menda ni memberikan satu panduan penting untuk dijadikan pelajaran kpd anda yang menulis ebook untuk masa depan agar tidak diperkotak-katikkan sedemikain rupa.
masa untuk bertindak membuat sekuriti yang lebih ketat terhadap ebook atau apa jua cara yang tidak dapat diguna-gunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu.
p/s : jika dah tak dapat block 100% nak buat camana, biarkanlah dia dengan angan-angan kuasawang itu. tunggu dan lihat apa dia nak buat? kena suspended dah kira okeh dah tu dari terus menjadi mangsa siri program reseller tersebut.
p/s: suspended tu kira amaran kali pertama la untuk dia?
|
Sebenarnya, kalau nak block website dan mahu kuasawang terkubur begitu sahaja, ia tak semudah itu. Lihat sahaja Swisscash dahulu. Apabila mendapat tindakan kerajaan baru ia stop. Kita tak ada apa2 kuasa selain hanya 'mendesak' pihak yg bersalah tersebut agar hentikan apa yg dia buat. Tapi lihatlah, kuasawang.com masih lagi ON, spt akan membuka lembaran yg baru. Very degil.
Suspend hosting ni banyak sebab spt:
1. Tak bayar bil hosting
2. Menyalahi Terma dan Syarat Hosting
Kalau akaun hosting kena suspend, admin web kena bagi penjelasan kalau nak ON balik akaun hosting tu. So, maybe pihak admin kuasawang dah explain perkara yg berkaitan kepada pihak NameCheapHosting tu. Sbg syarat untuk ON balik akaun hosting, admin kuasawang kena remove ebook2 tersebut.
Apapun saya rasa, pihak kuasawang telah mendapat impak maksima (tekanan) yg amat maksimum daripada ramai orang. Dengar kata, ada yg usaha nak menyaman (tak mustahil benda ni).
Pelajaran yg dapat kita ambil di sini, kalau berlaku lagi eksploitasi sebegini, maka salah satu senjata yg kuat adalah,
KERJASAMA antara semua orang untuk menghapuskan pengeksploitasian sebegini. Tak ada senjata yg lebih kuat melainkan kita
sama-sama membantu. Contoh terbaik adalah kes eksploitasi inilah. Semua orang bertindak sampai kuasawang terencat usahanya.
Kepada usahawan Internet (yg otai terutamanya) yang tidak join wangcyber, inilah masanya untuk anda join walaupun datang sekali sekala menjenguk atau at least say "Hi" kepada usahawan2 lain di forum ini. Binalah komuniti di sini. Contohi En Zamri, Alang, SaifulSham dan ramai lagilah yg turun padang.
Faedahnya, lihatlah, walau kita tak meminta, ramai yg membantu tanpa sedikit pun ada perasaan kepentingan diri. Newbie2 pasti akan gembira jika ada orang2 yg berjaya join sama forum ni. Kalau semua senyap dan pasif, saya amat yakin kuasawang.com akan terus berkuasa tanpa ada suara2 yg penentangan dari 'belakang'.
Tahniah kepada semua ahli wangcyber yg sentiasa cergas melawan kekarutan di Internet walaupun tidak mendapat upah seteguk air mahupun sebaris ucapan terima kasih. Harapnya 'tradisi' bantu membantu ni terus menerus berkekalan.
Wassalam.