View Single Post
  #104 (permalink)  
Old 10-30-2007, 01:59 PM
smartusaha's Avatar
smartusaha smartusaha is offline
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Bagi saya, tiada cara yg muktamad untuk selesaikan sesuatu masalah. Kita sebenarnya berlawan dengan sikap dan mentaliti manusia yg tak tahu menggunakan akal. Sehebat mana pun sesebuah teknologi, perisian dan sebagainya, bagi saya, ia bukan langkah muktamad dan terakhir. Ia hanya dapat mengekang atau mengurangkan, tidak sesekali akan mengubah sikap dan perangai manusia.

So, bagi saya lah, kalau sesuatu langkah itu banyak menggunakan kos, masa, terlalu teknikal, menyusahkan pelanggan, kita juga dalam masa yg sama perlu berusaha mendidik mereka yg tak tahu, belum sedar, degil, keras kepala atau yg seumpama dengannya. Mmg ini satu usaha yg sukar, sebab manusia ni tebal egonya.

Umpama menggunakan pengawal peribadi, sistem alarm dan sebagainya, namun itu semua tidak mengubah perangai perompak atau pencuri. Mereka akan tetap dan terus merangka strategi untuk merompak.

Sama2 lah kita berdoa, agar kita dilindungi daripada kejahatan manusia sebegitu dan dalam masa yg sama, kita pelbagai langkah penyelesaian. Semoga manusia2 itu diberi hidayah dan berubah ke pangkal jalan yg benar.

Wassalam.


Reply With Quote