Program seperti ini hukumnya Haram di sisi Islam kerana ada unsur skim cepat kaya piramid ponzi, penipuan dan menyalahgunakan hakcipta orang lain. Pihak yang mencipta dan mengendalikan program dan website ini juga tidak dapat dihubungi dan tidak boleh dihubungi maka di sini terdapat unsur "Jahalah" bererti ketidaktahuan, iaitu kita tidak tahu pihak yang bertanggungjawab untuk dihubungi, maka hukumnya haram kerana terdedah kepada unsur penipuan. Hukum skim cepat kaya piramid ponzi seperti ini adalah jelas dalam Islam. Sesiapa yang menyertai/join program kuasawang atau apa jua program yang sama dengannya seperti program duit halal, perigi duit dan seumpamanya yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti program kuasawang ini, maka hukumnya berdosa dan semua duit yang diperolehinya adalah Haram dan tidak halal.
Ini adalah pendirian tetap aku mengenai kes seperti ini.
Last edited by zinedine; 10-26-2007 at 03:40 PM..
|