View Single Post
  #8 (permalink)  
Old 10-18-2007, 02:34 PM
e-fun's Avatar
e-fun e-fun is offline
WC Premium
 
Join Date: Dec 2006
Location: Shizuoka, Japan
Posts: 612
e-fun is on a distinguished road
iTrader: (21)
Default

Salam,
setuju dengan Ahib0205.. Masalah ini memang tak dapat dielakkan.. Saya akui memang kadang2 berlaku pada diri saya sendiri..

Sebenarnya inilah azam yang saya lakukan untuk Ramadan yang lepas..
Alhamdulillah, selama 30 hari mengamalkannya, saya dapat rasakan suatu perubahan.. Terasa nilai sebenar sebuah solat..

Kawan-kawan cuba lah ya?
Boleh baca di blog saya di sini
Atau terus download file pengertian bacaan dalam Solat

Sumber asal (setelah meminta izin dari penulis asal) : Iraz Syamil Mohd Zahari

Quote:
Doa Iftitah:

“Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.”

Bacaan Rukuk:

“Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya.”

.

Bacaan Iktidal:


“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”

“Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.”
.

Bacaan Sujud:

“Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya”
.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:

“Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.”
.

Bacaan Tasyahud Awal:


“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.”

Sambungan untuk Tasyahud Akhir:

“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia.”

.

Doa Qunut:

“Ya Allah, tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjukkan. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpinkan. Berkatlah hendaknya untuk apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku. Jauhkan aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi, telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan, dan Maha Tinggi Engkau. Maka hanya untuk Engkau tetapkan. Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad, Nabi yang buta-huruf, dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan diberiNya kesejahteraan.”

.
Bacaan Sujud Sahwi:

“Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”
.

Bacaan Sujud Sajadah/Tilawah:

“Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta.”
__________________

Diari Saya l FB SangPelangi l Facebook l Twitter

Ada blogspot? PM segera! Aku ingin follow blog kamu.


Reply With Quote