View Single Post
  #24 (permalink)  
Old 06-01-2006, 11:50 PM
hasrul's Avatar
hasrul hasrul is offline
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: johor
Posts: 675
hasrul is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to hasrul
iTrader: (5)
Default

Quote:
Originally Posted by smartusaha
hasrul, naper? Leh share? naper x sanggup? Cerewet? Susah? Kos?
Memang susah, cerewet, masa dan kos.

Contohnya:

Katalah kita nak saman. Mula-mula pergi lawyer. buka fail dah kena RM. Pas tu nak buat "Staturoy Declaration". Pejabat yang nak dituju pun kita tak tau. Kalau tau pun, silap-silap kena tendang kaunter sana, kaunter sini, pegawai sana cakap jumpa pegawai sini dan sebaliknya.

Nak saman sape? Katalah nak saman pemilik website yang mengedar ebook kita tu. Nak cari pemilik website dah satu hal. Bukan senang-senang hantar email jer. Kena dapatkan maklumat IP, pemilik, alamat pemilik sebenar dan sebagainya. Kena jumpa ISP atau Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Malaysia kot, saya tak pasti. Kalau dah dapat pemilik sebenar, kena sampaikan saman by hand. Maknanya, kena sampaikan betul-betul ke tangan orang tu. Selagi orang tu kita tak jumpa, selagi itulah kita tak dapat saman.

OK. bab laywer pulak. Setiap perjalanan lawyer, nak cari maklumat ke, nak uruskan sesuatu ke, kosnya dia akan 'claim'. RM lagi. Kita pulak, kena sediakan segala maklumat yang diperlukan supaya dakwaan kita mempunyai bukti yang kukuh. Kat sini perlu berhati-hati. Silap-silap buang kes. Jadi kes naya pulak.

Mahkamah pulak, belum tau kes kita tu berjalan ikut jadual. Silap-silap postpone. Contohnya defenden MC, kena postpone lagi. Bukannya hari ni tak bicara, esok boleh sambung. Kena tunggu sebulan. Silap² 2 bulan. Nasiblah.. Kena pulak tu lepas tu postpone lagi... hmm.. itu senario biasa. Naik turun mahkamah ler pulak. RM lagi.

Begitulah hendaknya


Reply With Quote