Pertama sekali, selamat datang kepada boy ke forum ini. Semoga terus berkomuniti di sini.
Untuk soalan di atas, sila rujuk di sini:
http://wangcyber.com/forum/showthread.php?t=178
Di ruangan tersebut ada perbincangan mengenai kad debit dan paypal. Ada juga beberapa Ebook percuma mengenai cara apply akaun paypal. Link downloadnya ada di thread tersebut.
Rujuk juga di sini:
http://wangcyber.com/forum/showthread.php?t=4359
Harap maklum.
Ps. Jika boleh dalam membuka apa2 topik, tajuknya biar ia jelas. Contohnya, "bagaimana cara membuka akaun paypal?". Sebaliknya, tajuk "minta tolong sangat2" adalah amat umum & tidak sesuai. Tajuk yg jelas memudahkan orang faham apa persoalan kita dgn sekali imbas. Ini adalah asas di dalam berforum.
pps. Biasanya sesuatu topik sudah ada dibincangkan. Sila cari dahulu sebelum membuka topik yg baru. Bukan apa, tak ada orang nak layan soalan kita sebab ia dah banyak kali dibincangkan.
Wassalam.