View Single Post
  #92 (permalink)  
Old 10-05-2007, 07:39 PM
smartusaha's Avatar
smartusaha smartusaha is offline
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Kepada pemenang, atau sesiapa sahaja, tak nak kongsi apa2 tips atau komen ke untuk cabaran ni?

Kalau tanya saya, ini komen saya:

1. Anda wajib ada mailing list sendiri. WAJIB. Ada orang kata, "saya nak bina list bila saya dah buat ebiz scr serius nanti". Alasan ini tidak boleh dipakai. Mulalah bina list anda hari ini juga walau dgn apa cara sekalipun.

2. Untuk pertandingan sebegini iaitu siapa yg paling banyak referral, maka sudah pasti yg ada list yg responsive mempunyai peluang utk menang yg lebih besar.

3. Namun begitu, skill email marketing juga amat perlu. Bab ni, mungkin Tazilan boleh kongsi sedikit rahsia beliau. Hehe.. Spt yg saya cerita hari tu, Tazilan ni the best affiliate marketer di Malaysia terutama utk field Internet Marketing. Ternyata, saya tak dapat menandingi beliau pada kali ini. Tabik spring 2 kali.

4. Perlunya strategi yg unik dan perancangan yg rapi. Disebabkan sedikit kesibukan, saya tak sempat merangka perancangan dan strategi yg rapi utk cabaran ini. Sy yakin, Tazilan dan yg lain2 ada teknik unik yg tersendiri.

5. Mengiklan di ruang iklan percuma termasuk klasifaid bukan satu kaedah yg boleh memberikan hasil yg memuaskan. Namun tak salah menggunakan ruang sebegitu tapi jangan meluangkan banyak masa untuknya. Tak berbaloi.

Mudah ceritanya, kita kena belajar bagaimana untuk meyakinkan seseorang mengenai sesuatu produk dan mesti mahirkan diri dengan skill tersebut. Inilah kunci utama saya rasa. Orang akan sign up melalui link kita kalau mereka yakin dgn ayat2 kita atau 'offer' yg kita berikan.

Dari sudut yg lain pula:

Jadikan projek video percuma dot com tu sebagai case study utk bisnes anda. Zamri dan Sufian berjaya mengumpul lebih 3000 emel (subscribers) daripada cabaran ini. Poin di sini ialah:

1. Contohi keunikan projek videopercuma tersebut termasuk teknik viralnya yg 'tersirat'.

2. Memberikan sesuatu scr percuma begtu sahaja dan menyuruh orang menyebarkannya begitu sahaja bukan satu langkah yg berkesan. Sebaliknya, kita mesti berikan mereka ganjaran atau manfaat jika mereka mengedarkan atau menyebarkan mengenai produk kita.

Dalam kes ini, fungsi viral di laman web videopercuma tu boleh memberikan income yg multiple kepada yg mempromosikan web tersebut.

3. Ini part yg rasanya tak ada orang sentuh lagi scr spesifik. --> Membuat pertandingan atau cabaran akan memberikan trafik ke laman web anda dan juga salah satu cara utk membina list.

Itu sahaja komen dan pandangan saya. Diharapkan semua mengambil pelajaran dan manfaat daripada cabaran ini. Bukan hanya bila cabaran habis, maka habislah segalanya. Catat, faham dan praktikkan apa yg terbaik untuk anda. Inilah tujuan utama cabaran WC. Bukan sebab hadiah semata-mata.

Wassalam.


Reply With Quote