pasaran online
assalamualaikum dan selamat berpuasa semua..
pada pendapat saya,jika mahu buka online bisnes, lebih baik target market Malaysia dahulu.
Saya pernah buat experimen dan mendapati market Malaysia adalah lebih baik buat permulaan.
Ini kerana pada mulanya anda baru merangkak dalam bisnes online dan perlu melengkapkan diri. Lebih mudah mendapat pasaran malaysia kerana orang malaysia sekarang sudah ramai yang ada internet dan mereka lebih senang berurusan dgn bisnes malaysia. Jika dlm bahasa inggeris,mungkin ramai yang takut nak berurusan sebab ramai yang masih tidak biasa.
guna bahasa malaysia dahulu kerana prospek di malaysia tidak takut dan ragu-ragu serta lbih prefer web melayu.
sama seperti anda,jika mahu menaip atau seacrh apa-apa selalunya dalam bahasa melayu kan? lebih mudah untuk dibaca dan difahami. sebab itu lebih banyak ebook yang dah di translate dlm bahasa melayu dan sambutan sgt menggalakkan.
Setelah anda berjaya sedikit,barulah buka laman web berbahasa inggeris dan mula promosi secara global kerana anda sudah mempunyai tapak yang kukuh dlm malaysia.
Sama seperti buka bisnes offline, mesti mula di malaysia dahulu kan..
selamat berjaya kepada semua!!!
|