Quote:
Originally Posted by acfatah
saya nak tahu pulak berkenaan program affiliate. ada sesiapa boleh terangkan.....?
|
Dari ebook kepada autoresponder dan kini pula program affiliate. Hmm.. Nampaknya dah nak mula lari dari fokus ni.
Tak apa, mungkin lepas tanya macam2 soalan di sini, saudara akan membuat SATU PILIHAN, model mana yg mahu dilakukan. Saya harap itulah yg saudara akan lakukan: PILIH SATU MODEL, BELAJAR DAN BUAT SAMPAI DAPAT.
Program affiliate mudah cerita ialah, kita tolong promosikan produk orang lain melalui link affiliate kita. Link ini diperolehi selepas kita mendaftar dengan mereka. Contoh tak jauh ialah program Affiliate saya di
http://www.bloggingsteps.com/kit/agen.
Contoh link affiliate ialah: http://www.bloggingsteps.com/kit/index.php?ref=smartzul
*Maafkan saya berikan contoh milik saya sendiri. Tiada niat lain melainkan mahu berkongsi ilmu di sini.
Dengan
link affiliate itulah kita promosikan produk di laman web tersebut. Dalam contoh di atas, agen atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil affiliates akan mempromosikan produk Pakej Kit Blogger melalui link affiliate mereka.
Cara promosi? Sama sahaja spt mempromosikan produk sendiri, cuma bezanya ialah konsep pre-sell. Anda boleh download ebook ini utk memahami konsep pemasaran affiliate yg berkesan:
http://aff-masters.sitesell.com/
*Ebook itu setebal 110 m/surat. Boleh baca 11 m/surat sehari selama 10 hari. Dalam ebook tu ada ajar cara promosi yg berkesan. Sila baca utk mengetahuinya.
Boleh juga lihat di sini utk tahu beberapa cara yg lain:
http://www.bloggingsteps.com/kit/tools/
Untuk cara promosi ini, kebanyakan pihak Affiliate Manager akan sediakan panduan dan tools utk
affiliates (agen) mereka. Biasanya paling kurang mereka akan berikan banner utk diletakkan di mana2 laman web seperti blog.
Katakan setelah anda promote link affiliate tadi dan ada orang klik link tersebut, maka mereka akan dibawa ke laman web jualan produk. Jika mereka membeli produk itu, maka anda akan mendapat
komisen kerana mereka membeli melalui link anda. Jumlah komisen ini pula bergantung kepada pihak penjual produk (dalam kes ini dikenali sebagai Affiliate Manager).
Contohnya saya sebagai
Affiliate Manager bagi program Affiliate Kit Blogger akan berikan komisen sebanyak RM20.00 untuk setiap jualan yg berjaya dilakukan melalui link anda. Ini adalah contoh komisen yg terkini utk salah satu program affiliate yg saya sertai iaitu rajaAdsense.com:
*Tracking di atas bermula dari 16/9/2007. Conversion rate sales letter RajaAdsense.com boleh dikatakan amat bagus juga. Paling kurang pun 1%. Saya boleh dikatakan setahun yg lepas tiap2 bulan dapat komisen.

Bab conversion rate ni (apa, bagaimana, mengapa...) kita cerita lain kali...
Setelah anda dapat komisen, anda akan dibayar. Bila anda akan dibayar? Itu juga tertakluk kepada kehendak dan ketentuan pihak Affiliate Manager. Secara asas, satu bulan sekali. Ada juga 2 kali sebulan dan ada juga direct terus ke akaun paypal anda...
Bagi contoh di atas, Sham (pihak rajaAdsense.com) akan masukkan komisen saya pada 16/10/2007 akan datang terus ke akaun bank saya. Mengenai cara bayaran komisen, bagi pasaran global biasanya melalui paypal atau cek, dan jika pasaran Malaysia, biasanya akaun bank akan menjadi keutamaan.
Secara ringkasan:
1. Cari program Affiliate produk yang berkualiti, HOT dan tinggi permintaannya, serta bagus komisennya (berbaloi utk usaha anda).
2. Daftar program tersebut.
3. Lakukan promosi yang BERKESAN. Part ni anda perlu fokus 90% dalam usaha anda...
4. Jika dapat komisen, tunggu duit masuk ke akaun bank/paypal atau cek.
Itu sahaja utk kali ini. Semoga bermanfaat.
Nota: Anda perlu tahu bagaimana program Affiliate berfungsi. Asasnya adalah cookies. Saya ada kongsikan tips di sini:
http://blog.smartusaha.com/program-a...ate-berfungsi/
Lain-lain rujukan:
http://blog.smartusaha.com/perniagaa...ram-affiliate/
http://blog.smartusaha.com/program-a...te-terbongkar/
http://blog.smartusaha.com/teknik-in...ram-affiliate/
ps. Saya harap acfatah memikirkan selepas ini nak buat model Ebiz yg mana satu. Dari apa yg saya perhatikan, saudara lebih sesuai memulakan Ebiz dengan program Affiliate sebab ia low cost (bahkan hampir tiada kos langsung!). Bermaksud, ia rendah risiko untuk anda. Kemudian bila dah 'mantap' dan faham beberapa konsep asas Ebiz dan marketing, mulalah hasilkan produk sendiri.
Salam kejayaan!