Nk jual ebook? tajuk ape? uih susahlah kalu tajuk yang ang nak jual tu pasal bisnes internet sebab apa pun macam anda tak tau lagi.. hehe.. gurau je.. jangan mara eh... =)
Hmm... first kalu nak jual ebook cara mudah anda boleh jual sahaja ebook yang sedia ada macam resell right ebook, atau master resell right. Untuk jugak kalu anda pandai promote.
Tapi kalu anda nak buat ebook sendiri banyak benda yang anda perlu tahu.. hehe semestinya anda perlu tahu..
Anda perlukan ebook yang bagus dan mempunyai pasaran yang tinggi... Contohnya anda cuba fikirkan ebook apa yang masih lagi tiada di pasaran tapi mendapat sambutan yang tinggi. Belajar menjadi entreprenuer... Jangan jual ebook yang hanya melambakkan lagi pasaran sedia ada... contohnya macam sifu kita dah banyak jual ebook... anda survey dulu... ada antaranya jual wordpress... anda pikirkan apa tajuk yang lebih baik untuk ebook anda. Dan pastikan anda menkaji dengan penuh mendalam dalam bab tersebut. Jangan setakat cukup syarat je... dapatkan pelbagai sumber daripada mana2. Jadikan ebook anda boleh dijadikan panduan yang sangat berguna pada orang lain.
Tak kisahla walaupun dah berlambak kat internet janji anda olah dengan penuh teliti. Pastikan fail yang anda gunakan samada fail .pdf atau .exe. Kemudian Anda boleh mula menulis ebook dengan Microsoftword dan convertkan kepada file pdf.
Then semestinya anda mesti tahu serba sedikit tentang Adobe Photoshope... Untuk design ebook anda. Kalu nak suh orang lain memang banyak lah modal yang diperlukan. Padahal untuk design cover ebook cukup2 senang.
Kita boleh juga menjual ebook melalui blog... tapi mungkin pulangannya kurang berbanding dengan kita mempunyai website sendiri kerana ia nampak lebih professional. Jadi Orang lebih yakin untuk membeli produk anda.
Nak buat website... anda boleh gunakan microsoft Fronpage, atau dreamweaver.... Tapi untuk Web site jualan anda buat simple je... tengok website jualan otai2 kite... Try tiru macam tu... maksud saya bukan tiru isinya tapi die punye pettern website tu... saya dah survey dah... ramai gak mat2 saleh buat website jualan macam taiko kita di wang cyber. Nak belajar lebih boleh contact saya di
www.jutawanmuda.net sebab panjang lah nak cerita kat sini. Kang otai2 kita kat sini naik boring lak... yelah diorang dah pandai bab2 ni, bagi diorang kacang je ni...
Dah siap website apa lagi... Carilah nama domain anda... memang hampir2 kepada tajuk buku adalah yang terbaik... Saya amat berpuas hati ngan sempoi hosting... sebab banyak tools... antaranya tool fantastico boleh digunakan.
Kalu boleh anda buatlah blog anda dan isikan serba serbi maklumat yang terbaik untuk memastikan tahap kualiti anda adalah yang terbaik...
Simple je.. Nak buat contact form? Kene pakai plugin atau pun software contact form generator... kene beli nie..
Lagi bagus anda gunakan autoresponder yang berbayar macam aweber dan getresponds. Supaya senang anda nak follow up customer. Servis kene cepat dan serta merta. andai kata ada orang nak beli daripada anda pukul 4... anda dah boleh menghantarkan ebook itu selewat2nya pukul 10 mlm supaya tidak timbul kemarahan pelanggan.
Wujudkan forum untuk pelanggan anda yang kurang faham dengan apa yang anda tulis di dalam ebook.
==>
jutawanmuda.net