Masa saya tengah check emel ayah saya, saya ternampak satu emel seorang insan (nama dirahsiakanlah). Emel dia berbunyi :
Quote:
Dato, saya ada masalah besar..bulan 11 ni sya nak kawin
tapi duit tak ada..banyak duit saya hilang lepas saya
masuk skim cepat kaya..mana saya nak cari duit kad
kredit rm 15000 hantaran 10000 kenduri 5000..saya pun
dalam keadaan tertekan sekarang.rasa macam nak bunuh
diri pun ade.mana saya nak cari 30k dalam masa singkat
ni..dato ade tak cara untuk saya nak dapat duit tu
dalam masa terdekat ni.nak buat loan kat bank pun dah
kena blok..ni semua silap saya...
|
Saya belum tanya siapa ayah saya siapa dia ni. Antara kecewa, sedih dan kesian bercampur baur. Bila 'kita' tegur, ada yang
melenting macam - macam. Tapi bila dah jadi macam insan ni, nak kata apa lagi dah.
Kalau nak ikutkan rasa kecewa dan sedih, saya tak mau layan emel macam ni dah. Tetapi, bila bayangkan andai kata kita berada di tempat dia ni, apa agaknya cara kita 'bangkit semula'. Kawan - kawan ada idea ka buat insan seperti ini?
p/s - Sempena bulan puasa ni, tak dapat dalam bentuk wang, 'buah fikiran' yang baik pun dianggap 'sedekah' la juga
