Demi Masa!!!
Sementara bulan ramadhan yang mulia ni,aku harap semua orang yang menjalankan sebarang pekerjaan untuk mencari wang di dunia yang nyata ini,janganlah korang terlupa yang dunia ni hanya sementara,korang akan kembali kepada pencipta iaitu ALLAH S.W.T
Demi MASA,
Jangan Hanya mencari Wang Sampai Lupa Solat
Demi MASA,
Jangan Lupa,Ajal Datang Tanpa Diundang
Demi MASA,
Gunalah sebaik-baiknya masa yang ada untuk melakukan ibadah
Demi MASA,
Jangan Ngadap Komputer sampai Tak Ingat Solat Zohor,ASar,MAghrib,Isyak
Demi MASA,
Jangan Sia-Siakan hidup
Walau apa pun pekerjaan yang korang lakukan,jangan lupa solat dan beribadah...
Dalam Al-Quran juga ada menyatakan mengenai masa
Surah Al-'Asr
وَالْعَصْرِ
[1] Demi Masa!
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
**Ini hanya nasihat semata-mata,Tiada niatpun untuk menyindir..
|