View Single Post
  #6 (permalink)  
Old 09-14-2007, 12:55 AM
aku's Avatar
aku aku is offline
WC300
 
Join Date: Apr 2006
Posts: 2,041
aku is an unknown quantity at this point
iTrader: (16)
Default

sambungan...

Ok. itu baru latar belakang aku..

kenapa tajuknya: Full Time Internet Business?

Sebab aku nak, sesapa yang diluar sana buat pertimbangan elok2 sebelum memilih jalan Full Time.

Niat aku buka thread ni amat bersesuaian dengan kata2 zul
Quote:
"Ingat mudah ke buat Ebiz full time ni?".
Inilah intipati utama thread ni.

Baiklah.. kenapa aku mulakan dengan latar belakang aku?
Kerana aku nak korang tau latar belakang aku lah.. heheh
Kerana dengan mengetahui latar belakang aku, korang bolehlah nilaikan pendapat aku ni...

OK.

Kepada mereka2 yang melalui jalan yang sama dengan aku:

hidup - sekolah - universiti

Perkara pertama perlu dipertimbangkan adalah,
"Adakah aku mempunyai hutang pelajaran?"

PTPTN, MARA, pinjaman Yayasan, along dan sebagainya perlu dikenalpasti..

Macam aku, aku ada hutang PTPTN yang berjumlah RM30,000. Jadi aku perlu cari duit untuk langsaikan hutang ini.

Sekiranya sewaktu belajar dulu, tiada apa yang dapat membantu anda untuk 'kerja sendiri' atau 'buat bisnes', maka saranan utama aku adalah DAPATKAN KERJA MAKAN GAJI DULU!

Ya, ramai juga di luar sana yang terus menceburi bisnes atau 'kerja sendiri', tapi PASTIKAH anda dapat menjadi seperti mereka?

Anda ada hutang yang perlu dibayar. Anda ada expense harian. Tak mahukah sambil makan gaji, sambil buat 'kerja sendiri' atau bisnes? Kenapa perlu berpegang kepada title Full Time Internet Businessman sekiranya anda tidak mampu?

Ramai yang mengabaikan beza part-time dan beza full time.
Kalau anda buat part-time, anda bekerja makan gaji, anda dapat pastikan sekurang-kurangnya ada juga makanan dihujung bulan atau sebulan mendatang.
Jika buat full-time, anda MEMANG KENA PASTIKAN anda akan ada makanan untuk masa-masa akan datang.

Wah, bunyi macam benda remeh.. cite bab makanan.. tapi itulah hakikatnya.. anda tiada duit, hati anda akan runsing.. kerunsingan hanya akan memburukkan lagi keadaan yang sentiasa buruk..

Sebenarnya aku dah merancang nak buat full time, tapi banyak benda aku kena kukuhkan sebelum aku menjejakkan kaki ke dunia full time..

bersambung...


Reply With Quote