hohoho.. thread
tak dan(tok de) habis dah ada reply.. hehe..
aku tahun 1983, zul
ok..
sambungan...
setelah mendapat ijazah, apa lagi, cari kerja la wei! hehehe.. gitulah kehidupan manusia biasa-biasa macam aku.
dilahirkan - pegi sekolah - pegi U - cari keja - berenti keja - mati
itu ja..
ok.. benda first yang aku buat dulu.. err.. aku tak pasti antara 2 ni, mana satu yang aku buat dulu..
1- jual prepaid
2- 'active' adsense
oklah.. bab jual prepaid tu, kejap jer.. memula test nak jual online, di wangcyber ni lah.. tapi last2 jual tepi kedai d-lima jer.. sehari boleh jual dalam 20 keping... dan ianya sehari jer la :P
active adsense ni pula, active yang tak bertempat... dulu aku pon penah buat klik fraud.. tapi nasib la tak makan duit adsense tu.. sebab google dapat detect dan akaun dibekukan.. huhuhu.. sekarang dah tobat nasuha dah dari click2 fraud ni...
hmm.. mungkin dalam masa yang sama(sebab aku tak berapa pasti turutan benda2 yang aku buat), aku sedang mempersiapkan diri untuk berniaga di ebay.. fuh rupanya bukan senang nak berniaga ni.. banyak yang perlu disiap sediakan.. dan aku masih tidak meneruskan berniaga di ebay..(walaupun selok beloknya banyak dah aku pelajari)
ok, itu side 'aku buat keje aku sendiri'.. side aku sebagai pekerja pula... pernah keje sebagai part time research assistance.. pernah pegi skim latihan graduan semata-mata nak relek hahaha.. masa nilah aku beradsense ni...
ok.. lepas skim latihan graduan(slg) tu.. aku dapat keje ditempat yang aku buat praktikal.. sijil slg pon aku masih belum tuntut.. dan untuk pengetahuan semua, aku dapat keje tu bukan melalu skim slg ni.. aku dapat keje sebab kabel... ini syarikat swasta.. anak bos, kawan abang aku.. jadi memang kabel tiang balak lah kan?
ok.. dalam masa yang sama waktu kerja tu.. aku banyak buat 'keje sendiri' iaitu memahirkan diri aku dengan domain parking... Alhamdulillah, duit domain parking ni aku masih dapat sehingga ke hari ini.. cukuplah buat bayar hosting, beli domain baru, bayar getresponse, bayar rapidshare.. mungkin satu hari aku akan lebih aggresif dengan domain parking ni..
dan dalam masa kerja ni juga, aku mula berjinak2 dengan saham.. huhuhu.. setelah pengalaman yang lepas2.. aku dapati satu pengajaran yang paling berharga..
Sesuatu yang baru itu susah, atasi kesusahan tersebut, nescaya kejayaan pasti bertandang jua.. ibarat betapa susahnya dahulu bagi kita untuk berjalan... perlu pandai mengalih badan, pandai merangkak, pandai bertatih, dan...akhirnya barulah kita mampu berjalan..
Setelah mendapat ilmu saham(walaupun sedikit), barulah aku menjual Panduan Maybank2u.com Online Stocks, yang mana merupakan perniagaan pertama aku...
bersambung...