saya faham apa yang saudara shueqry sedang melalui sekarang sebab saya sendiri berada dalam hutang beberapa ribu. tiap tiap bulan apply kad kredit baru dan hutang bertambah banyak.
tapi sejak 2 bulan yang lepas, keadaan dah bertambah baik sebab saya mendapat kerja. walaupun RM5 sejam, dapat makan, bayar sewa bilik, bayar streamyx cukup lah.
part time job saya waktu malam ialah bagi private tuition untuk budak sekolah rendah. Yang tu boleh dapat RM10 sejam.
Saya bernasib baik kerana mempunyai seorang saudara yang agak kaya. mereka memahami situasi saya dan memberi Rm 1000 setiap bulan. walaupun malu nak menerima duit itu, tapi suatu hari nanti, saya tentu akan membalas jasa mereka.
Sebenarnya kita tidak takut/risau untuk meminta duit dari keluarga dan saudara. Bila dah dapat kerja nanti, boleh bayar balik kan ?
oh ya, pasal adik kamu tu, tak terpikir nak dapatkan bantuan PTPTN Loan ke ?
PTPTN loan ni untuk orang belajar kat kolej. So kerajaan akan beri duit belajar, bila dah kerja kenalah bayar balik macam rm50 - rm100 sebulan.
|