shueqry here.. Thank You !
Assalamualaikum,
alhamdulillah, saya baru dapat masuk ke WangCyber.com
jam 7.30 malam tadi.
Terima kasih tak terhingga pada kawan-kawan yang
menghulur bantuan. Saya betul-betul takde apa nak dikata,
hanya ucapan terima kasih dan syukur pada Yang maha Esa.
Saya tak tau langsung ada thread khas untuk saya dan kisah saya
di sini, bila buka blog Motivasi tadi terlihat pada saya nama-nama yang
cukup saya kagumi, Alang dan Shuth pun masuk sekali. Paling
mengejutkan saya, Kak G yang buka thread ni.
Oh, Thank You !
Terlebih dahulu, saya nak betulkan beberapa info.
Sebetulnya saya bermula dalam Internet marketing full time
pada 1 Mac 2006 selepas meletak jawatan dari Astro pada 28 Feb,
selepas saya buat part time menggunakan
talian Internet Astro Kota Kinabalu, sewaktu saya masih
bekerja sebagai Customer Service Officer. Saya tahu bisnes internet
ni dari buku Senze dan eBook Tsunami Wang yang 'meletup' time tu.
Dari kedua buku ni, saya ditemukan lagi dengan sumber-sumber ilmu yang
lain, satu persatu. Lama-kelamaan, makin banyak yang saya pelajari.
masa tu saya still buat dari cyber cafe, internet kat library kota kinabalu
dan pinjam line Internet di rumah kawan. Then 28 November 2006
baru streamyx saya on sepenuh masa. Moga info ini membetulkan
kekeliruan yang mungkin akan timbul tentang berapa lama saya dalam eBiz,
maafkan saya sebab saya cukup merahsiakannya selama ni.
Sekali lagi, terima kasih atas sokongan warga WangCyber
yang sememangnya tak disangka-sangka.
Pada bro Ringgit Hit, Syed Ikhwan, Kaki Bola, Abg Badruzamani
dan nama-nama lain yang
tak sempat saya sebut di sini, terima kasih .. saya bersyukur ditemukan
dengan kawan-kawan semua, walau hanya melalui medium Internet saja.
Modem baru saya dah dapat petang tadi, syukur alhamdulillah.
Saya jadi terkejut bila menerima SMS dari Ringgit Hit dan
KakiBola, nama yang cukup saya kenali, rupanya dari blog motivasi
saya .. terima kasih atas bantuan yang dihulurkan ..
Saya betul-betul tak menyangka, rasa terharu dan bersyukur
bercampur baur. Melalui musibah yang saya lalui banyak yang saya pelajari,
juga banyak hikmah tersembunyi yang mungkin takkan diketemui di lain kali.
Saya dan adik saya, Azizi Abdullah berterima kasih pada kawan-kawan
yang memberi bantuan, sokongan dan support. Dikala saya menaip
ni air mata menitis seketika, tapi boleh dikawal lagi. Ini kali pertama
saya jatuh teruk, kena lagi ngam-ngam bulan puasa.
Moga Allah memurahkan lagi rezeki Anda semua.
Komuniti WangCyber.com banyak sumbangannya pada saya,
owh, i love this forum !!
Sekian.
Mohd Shukri Abdullah & Azizi Abdullah
- sinsuran, kota kinabalu, sabah. -
|