
09-13-2007, 10:47 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Jun 2006
Location: Selangor, Malaysia.
Posts: 420
|
|
sambungan ...
Quote:
http://shueqry.blogspot.com/
Duit poket yang tinggal tak sampai RM20 dan banyak idea-idea penulisan motivasi yang tak sempat dizahirkan di sini.Saya terpaksa berhenti dari eBiz, sebab tak cukup duit nak sambung semula talian Internet saya.
Kewangan menghalang, saya terpaksa mengubah strategi. Saya terpaksa beralih arah dari dunia maya ke dunia realiti buat sementara waktu. Nak cari duit di Internet, tak dapat sebab talian Internet saya putus.
Andai kata nak beli pc baru selepas pc yang ada dah dijual, memerlukan belanja yang bukan sedikit, ia juga mengambil masa yang lama nak kumpul duit. Impian saya nak membeli sebuah laptop dalam bulan September juga hancur berkecai begitu saja.
Jadi pada Anda yang ada laptop, yang punyai pc dan yang boleh online untuk membaca post ni, bersyukurlah kerana Anda ada peluang berbuat demikian bahkan diberi peluang untuk bebas melayari Internet. Berbeza dengan saya yang terpaksa menjual beberapa buah buku ke kedai 2nd hand semata-mata mahu online dari cyber cafe dan semata-mata mahu publish artikel kali ini.
Saya dah takde duit lagi, tak lumayan macam beberapa bulan lalu dikala untung bisnes saya masuk setiap hari. Saya hanya ada Anda yang sudi mendengar luahan seorang penulis motivasi. Terima kasih.. ini bukan coretan meminta-minta simpati, sekadar melepas apa yang lama terbuku di hati.
Jika Internet saya dapat disambungkan dan boleh online, saya dapat menjana wang cukup untuk membayar duit sewa bilik dan saya juga boleh menjana wang cukup untuk belanja bulan puasa saya dan adik saya, tanpa perlu menjual buku-buku dan mungkin komputer saya yang cukup berharga.
Oleh kerana pendapatan saya bergantung sepenuhnya pada Internet, saya takkan ada sumber pendapatan lagi bila talian Internet saya diputuskan. Duit yang saya dah bajet untuk membayar tunggakan streamyx dah saya guna untuk menampung belanja kolej adik saya, seperti yang saya katakan di atas tadi.
Nak minta duit dari kampung bukan pilihan saya, terasa macam menyusahkan kedua-dua orang tua dan 2 orang adik perempuan saya, walaupun mereka bekerja sebagai Guru.
.. dan untuk sambung semula talian Internet, terus terang memang saya tak cukup duit, saya hanya ada RM20 untuk beli makanan buat 2 hari. Nak cukupkan duit, saya terpaksa menjual buku-buku dan sekiranya perlu, mungkin pc saya sekali. Tapi, cemana nak online kalau pc dah takde .. huh, bingung saya jadinya.
Owh, saya sungguh tertekan. Agak susah untuk saya fokus pada kegembiraan di kala ini.
Seakan semua ini membuat saya menjauh, menolak saya pergi meninggalkan Anda.
Berkali-kali saya katakan pada diri sendiri, fokus pada apa yang boleh membuat saya gembira, tapi amat payah untuk saya lakukan bila memikirkan penjualan pc saya yang hanya menjadi satu-satunya harapan untuk meneruskan hidup saya dan adik saya di sini.
Saya makin tertekan. Hanya semangat mahu memajukan diri yang ada. Betapa tertekannya emosi saya, Allah saja yang tahu.
Emosi saya agak negatif ketika ini. Andai kata emosi saya dapat diukur dengan sebuah meter, pasti jarumnya jatuh mendadak kebawah, ke titik paling bawah.
Saya kalau boleh tak nak jualkan pc sebab saya perlukannya untuk terus menulis, adik saya perlukannya untuk menyiapkan assignment dan tugasan seorang pelajar. Tapi, bila di kira semua kos, duit masih tak cukup. Tak tahu nak buat macam mana lagi.
Terkilan rasanya, sebab blog ini popular dalam masa yang singkat dan saya terpaksa berhenti hanya kerana masalah kewangan yang melanda secara tiba-tiba. Geram, sedih, stress dan tertekan semua bercampur baur.
Saya tak menyalahkan masalah kewangan yang timbul, saya juga tak menyalahkan adik saya yang bertekad mahu masuk belajar di kolej bahkan saya bangga kerana dia begitu bersemangat, walaupun kami berdua terpaksa berkorban sebegini rupa.
Di sebalik pengorbanan ini, terselit 'booster' motivasi yang hanya kami berdua memahaminya. Mengalir air mata saya mengenangkan hal ini.. pilunya tak terkata.. saya kongsikan rahsia ini hanya bersama Anda.
Terima kasih pada Anda, kawan-kawan dan rakan-rakan blogger yang membaca tulisan ini. Saya tak tahu bila saya ada kemampuan untuk masuk ke sini semula, saya juga tak tahu jika blog ni masih ada seperti sediakala, ia boleh dirosakkan bila-bila masa oleh si hacker. Munculnya dia pula secara tiba-tiba, menambah lagi permasalahan saya yang sedia ada, satu persatu.
|
|