View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 09-12-2007, 02:13 PM
shuth's Avatar
shuth shuth is offline
Administrator
 
Join Date: Dec 2005
Posts: 1,664
shuth is on a distinguished road
iTrader: (6)
Default Pertandingan Mencipta Logo Wangcyber

Salam kepada semua hali wangcyber..

Pada mulanya, saya bercadang untuk mengupah graphic designer profesional untuk membuat logo WC. Tetapi, bila difikir-fikirkan, rasanya adalah lebih baik saya membuka peluang ini kepada ahli-ahli komuniti WC terlebih dahulu. Mungkin ia dapat memeriahkan sedikit forum ini disamping mengasah bakat-bakat terpendam ahli WC di dalam bidang rekabentuk grafik.

Jadi, disini saya ingin membuka tawaran kepada semua ahli-ahli wangcyber yang kreatif untuk menyertai pertandingan membuat logo baru bagi komuniti wangcyber.com. Logo ini akan digunakan sebagai logo rasmi wangcyber.com kelak.

Syarat-syarat Pertandingan :

1- Sila "save as" images dibawah, dan anda perlu merekabentuk logo anda diatas images tersebut. Canvas adalah warna biru dan bersaiz 480px x 160px



2 - Warna tema logo anda mestilah tidak lari/jauh berbeza dari warna tema dibawah



3 - Perkataan yang perlu ada pada logo tersebut ialah:-
" Wangcyber.com & Komuniti Usahawan Internet Malaysia"

4 - Setiap peserta perlulah mengupload/memaparkan rekabentuk logo mereka di dalam topik ini, dan setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka suka.

5 - Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25/9/2007 ( 2 minggu dari sekarang)


Hadiah & Pemenang

Hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih dan hadiah yang bakal diterima ialah :
- Wang tunai sebanyak RM150
- Pakej Kit Blogger bernilai RM50 sumbangan smartzul
- Pakej 3 CD Perisian terbuka (bernilai RM20) - sumbangan www.perisianpercuma.com

Pemilihan pemenang akan dibuat oleh pihak penganjur wangcyber dan juga pihak-pihak penaja hadiah (so... pihak penaja tidak boleh join yer...)


Syarat-syarat Lain

1 - Pemenang perlulah memberikan salinan fail asal (.psd/ .ai ) logo kepada saya.

Buat masa ini, itulah sahaja syarat-syaratnya, jika ada syarat lain, saya akan tambahkannya disini.

Ok semua.. selamat mencipta logo WC.
__________________
Mohd Suhaimy | Blog Perniagaan Internet

Last edited by shuth; 09-20-2007 at 10:37 PM.. Reason: Tambah Hadiah!


Reply With Quote