Thread: Kuasa Forex
View Single Post
  #25 (permalink)  
Old 07-31-2007, 09:52 AM
ammar ammar is offline
New Member
 
Join Date: Mar 2007
Posts: 14
ammar is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Salam semua,

Pandangan anda semua ada kebenarannya,beliau telah pun menjelaskan berkaitan signal kuasa forex kepada saya.Yang baik itu dari Allah,setiap manusia ada kelemahan masing-masing.Daripada penjelasan beliau ternyata ada satu misi untuk insan yang memerlukan perubahan dalam kehidupan.Itu yang sebenarnya.

Umpama kata pepatah cina yang beliau beritahu " Tidak kira kucing hitam atau kucing putih,yang penting dapat menangkap tikus "
Objektif utama menangkap tikus,jadi jika anda sekalian ada cara yang lebih baik itu satu bonus.Jadi dengan menggunakan apa teknik sekalipun asalkan dapat mencapai matlamat yang dikehendaki.

Saya pasti anda semua pernah menonton iklan Petronas lakonan Othman Hafsam."Jalan mesti pandang kehadapan , jangan pandang kebelakang "
Saya pasti anda semua memahami maksud disebalik kata-kata tersebut.Saya pasti anda akan melakukan perubahan dalam kehidupan jika anda tidak menoleh atau asyik mengenang masa yang lalu.

Orang lain telah lama melangkah dan berjaya,janganlah kita asyik berkata-kata sehingga tidak tersedar bahawa orang lain telah jauh maju kehadapan.

Sekian


Reply With Quote