Salam semua kepada ahli-ahli WC dan pembaca-pembaca yang budiman.Elok rasanya saya berkata sesuatu kerana saya yang telah membuka thread ini.
Saya telah pun menghadiri seminar kuasa forex pada 22 Julai yang lalu dan juga telah memiliki ebook nya juga.Ternyata ilmu Allah yang dipinjamkan sementara kepada insan yang bernama En.Nasir amatlah begitu tinggi dan beliau telah diamanahkan untuk berkongsi kepada insan yang memerlukan.
Bukan saya hendak memuji membuta tuli,tetapi saya telah mengenali beliau dari dekat sewaktu seminar kuasa forex.Bukan takabur,bukan sombong dan bongkak.Ilmu forex yang diajar beliau mampu untuk merubah hidup anda disamping berdoa kepada Allah dan berusaha.
Saya telah pun menggunakan ilmu yang diajar.Ternyata terbukti kebenaran bagai di kata oleh beliau.Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana telah memakbulkan doa saya selama ini.Insya'Allah saya akan memanfaatkan segala ilmu yang dianugerahkan oleh Allah untuk merubah kehidupan keluarga saya disamping dapat membantu insan yang memerlukan.
Kepada anda semua,jika anda ingin melihat keluarga anda bahagia,hidup selesa,dapat membantu insan yang memerlukan saya sarankan pergilah ke seminar tersebut.Mungkin ini kali terakhir untuk saya berkata kerana saya yang membuka thread ini maka saya harus membetulkan keadaan yang berlaku.
Sekian bertemu kembali
|