View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 07-03-2007, 12:19 AM
Zamri Nanyan Zamri Nanyan is offline
WC Premium
 
Join Date: Jun 2006
Posts: 367
Zamri Nanyan is an unknown quantity at this point
iTrader: (3)
Default Terjemah "Online Profits Made Simple" ke BM

Walaupun saya tidak bercadang untuk menterjemahkan
ebook "Online Profits Made Simple" saya dalam masa
terdekat ini, namun setelah mendapat maklumbalas
dari kebanyakan mereka yang merasakan ianya akan
memberikan manfaat kepada lebih ramai orang, saya
ingin memberi peluang kepada mereka yang berminat
untuk menterjemahkannya.

Ada dua pilihan di sini...

1. Saya boleh membayar untuk terjemahan ini.

atau

2. Terjemahan secara percuma dan saya akan letakkan
"permanent" link penterjemah di dalam ebook berbahasa
Malaysia ini (tak kira link affiliate atau link website sendiri).
Dan semestinya ramai orang akan membaca
ebook ini nanti disebabkan "master resale rights" yang
saya berikan dan hasil promosi yang akan dilakukan
oleh saya dan orang lain ke atas ebook yang istimewa ini.

ebook Online Profits Made Simple cuma 37 mukasurat
dan kandungannya padat. Jadi penterjemah yang saya
cari bukannya seseorang yang cuma pandai terjemah
bulat-bulat atau "word for word".

Untuk melihat website ke ebook "Online Profits Made
Simple", anda boleh lawati www.OnlineProfitsMadeSimple.com

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah reply post ini
atau hubungi saya di www.ZamriNanyan.com/success/contact

Jika pilihan (1) yang anda pilih, sila nyatakan rate terjemahan
per page anda dan bila boleh siap.

Jika pilihan (2) yang anda pilih, sila nyatakan bila anda boleh
siap terjemah.

Keutamaan akan diberikan kepada yang pernah melakukan
penterjemahan sebelum ini tetapi ianya bukanlah syarat.

Siapa yang berminat, sila hubungi saya... Oh! ya... saya
perlukan website OnlineProfitsMadeSimple.com diterjemahkan
bersama ebook ini juga.

terima kasih,

Zamri Nanyan
__________________
www.BisnesDigital.com - Blog Bisnes Digital (Pasti Mengancam!)

www.ZamriNanyan.com - Subscribe, Tell 3 Friends & Get "Virology" FREE!



Reply With Quote