Assalamualaikum...
Pengajaran buat diriku.. JANGAN LAKUKANNYA KAWAN-KAWAN KU!
1- terlalu bergantung kepada autoresponder
2- underestimate kemampuan surat jualan
3- exclusive yang menyusahkan!
4- tidak menggunakan fokus setempat
terlalu bergantung kepada autoresponder
walau sehebat manapun autoresponder, anda perlu mengambil langkah berhati-hati. jangan bergantung kepada autoresponder sahaja semasa membuat jualan. terdapat kes subscriber aku tak menerima email tawaran jualan dari aku. oh, silap besarlah bergantung solely pada autoresponder.
underestimate kemampuan surat jualan
bagi aku, surat jualan terlalu biasa sangat dibuat orang. aku kurang senang dengan sesuatu yang menjadi kebiasaan. aku terlupa, manusia suka kepada sesuatu yang telah biasa baginya. pembeli internet yang selalu membaca surat jualan dan membeli secara atas talian telah biasa dengan surat jualan. tidak mempunyai surat jualan adalah kesilapan kedua terbesar yang aku lakukan.
antara kelebihan surat jualan yang aku pelajari secara hard knocks:
1- ia membantu menyelesaikan persoalan bakal pembeli. terdapat kes aku terpaksa bersoal jawab melalui sms dek kerana maklumat yang kurang di laman jualan aku.
2- ia menjadi jurucakap kepada aku. ini lanjutan dari kelebihan 1. surat jualan akan menyenangkan aku, segala yang ingin diketahui oleh pengunjung akan terjawab di situ.
exclusive yang menyusahkan!
aku membuat gaya exclusive. hanya subscriber mendapat tawaran jualan. ini memang menyusahkan aku. aku telah mengurangkan potential customer. terdapat manusia-manusia di luar sana yang memang tidak gemar memberikan email kepada orang lain(walaupun bukan atas sebab takut di spam). Memandangkan tawaran hanya kepada subscriber, aku telah kehilangan potential2 customer ini. pikir mudahnya gini, kalaulah aku letak maklumat akaun bank aku di merata-rata tempat, bukankah potensi mendapat customer lebih besar? Ini tidak.. aku papar dalam email saja
tidak menggunakan fokus setempat
berapa kerat la dalam WC ni yang minat saham? hmm.. aku tidak fokus di sini. i should say again and again.. ANDA MENDAPAT HAK JUALAN SEMULA. ini yang penting bagi warga WC. anda adalah usahawan online. mendapat hak jualan semula bermakna mendapat satu lagi peluang bisnes. malangnya, aku kurang fokus hari tu... hmm..
ok.. itulah serba sedikit pengalaman aku melancarkan
http://m2u.buysignal.net
aku terpaksa follow rancangan asal. sesiapa yang subscribe sekarang, anda adalah batch kedua.. nantikan kelainan dari aku...
Zass!