View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 06-29-2007, 02:40 PM
ahib0205's Avatar
ahib0205 ahib0205 is offline
Junior Member
 
Join Date: May 2007
Posts: 198
ahib0205 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to ahib0205 Send a message via Skype™ to ahib0205
iTrader: (1)
Default Tips teramat penting!

Salam. bertemu kembali. Saya Mohd Hanis Bin Jaludin aka ahib0205 ingin berbincang dgn anda mengenai khusyuk dlm solat?

Ya wahai shbt2 yang seagama dgn ku... Solat 5 waktu sehari smlm WAJIB utk kita lakukan. (kalo tak solat, dapat DOSA tau. So jgn la tinggalkan solat ye. Ala... sama2 ingt mengingati la bila time nk solat. Kekadang kita lalai) Ok, kali ini sy nak ajak kita berbincang sama2 tentang khusyuk dalam solat ni.

Sahabat2ku yang dihormati sekalian. Sama2 lah kita pelihara solat kita bukan hnya solat secara berjemaah di awal waktu, tetapi sama2 kita berusah utk hadirkan khusyuk kita dalam solat 5 waktu sehari semlm.

Bayangkan situasi ini: (Er... cuba bayangkan yek...  )

Sekarang jam dh menunjukkan pukul 1:00 tghri. Anda sedang asyik mengupdate blog/laman web anda. Ubah kedudukan AdSense, tambah posting, ubah template, dan mcm2 lagi. Tiba2.... (hehehe saja nak wat teknik suspen =P ) Ok2 kita sambung. Tiba2 kedengaran azan berkumandang (hm... kirannya anda sedar yang baru masuk waktu zohor bagi kawasan anda dan yang sama waktu dgnnya ). So, anda pun terus berhenti utk solat berjemaah di rumah ALLAH sbb anda nak ’jumpa’ dgn ALLAH S.W.T. Ok, sekarang bayangkan anda tgh solat berjemaah tau. Hm.... Tiba2... anda seolah2 berbincang dgn seseorang. Apa yang anda sedang bincangkan? Antaranya seperti berikut:

Pada rakaat pertama:

• Subahanallah... td tersilap letak AdSense tu la. Patutnya kena letak kat tgh2 post. Ish, mcm mana terlupa lak. Ha... warna AdSense tu... Hm... japgi nak try buh warna yang sama dgn background bloglah. Ok2 pas smyg ni nk ubah tmpt letak AdSense tu dan warna dia 

Ok, sekarang anda dalam rakaat ke-2:

• Ya Allah... posting td terlupa nk bubuh source artikel tu la. Peh... kang tak pasal2 kena band akan AdSense lak. Ye la sbb dituduh duplicate content. Ok2 pasni nk edit balik lah

Ehem2… Bayangkan tau… Sekarang anda dh rakaat ke-3:

• Alhamdulillah syukur... jumpa pun template yang dok cari2 selama ni. Peh.. tak sia2 cari td. Hm... tp satgi nk kena tukar adsense tu. Adsense nk kena letak kat tgh2 post dan try tukar colour bg sama warna background. Ha... baru la nanti pelawat ingt adsense tu salah satu drpd sontent blog kita. Moga2 dpt la klik.  Ok, pasal edit post tu nk kena bubuh source dia.  Alhamdulillah syukur….

Ops, skrg anda telah berada pada tahiyat yang akhir! Apa? Dh nak abis solat? Tetiba2 anda tersedar dgn segala lamunan anda td!

Baiklah sahabat2 sekalian. Syukran (Terima kasih) kerana cuba utk bayangkan td . Kesimpulan daripada di atas, pada pendapat sy sendiri pada ketika anda tersedar dari lamunan tipu daya setan itu, anda mestilah:

1. SYUKUR - sbb Allah bagi kesempatan utk anda sedar sblm anda beri salam!

2. ISTIGFAR - (Astagfirullah hal a’zim). Sbyk yang boleh!

3. USAHA UNTUK KHUSYUK – Cammon... gunakan peluang di saat2 akhir ini utk anda khuyuk! Mcm mana? Just sedar dan merasai bahawa anda sedang solat! Anda sbg HAMBA sedang menunaikan salah satu rukun Islam! Anda sedang berjumpa/mengadap ALLAH!

4. TAWAKKAL – Akhir sekali anda perlu tawakkal kpd Allah dgn harapan supaya ibadah solat berjemaah pada awal waktu di rumah Allah diterima-NYA.

5. MENYESAL - Selesai solat, setidak2nya anda duduk seketika dan kenangkan kembali kesalahan anda kerana telah lalai ketika solat td. Anda juga perlu menyesal dan berazam supaya tidak akan mengulanginya!

Kesimpulan:

Bagi pendapat sy sbg insan yang daif lagi hina ini, tak khusyuk dlm solat merupkan perkara ”biasa” kpd manusia. Ini kerana kita adalah manusia BIASA! Kesibukan dgn dunia merupakan faktor utama! Antara tips utk sama2 kita amalkan supaya kita khuyuk dalam solat ini adalah:

1. Sebelum solat - bykkan istigfar kpd ALLAH dan cuba utk lupakan apa jua perkara
2. Ketika solat
- Ketika membaca Al-Fatihah, cuba utk terjemahkan maksudnya di dalam hati
– sentiasa istigfar jugak kalo tiba dtg isu2 yang menarik utk dikupaskan
3. Sebelum beri salam – Ada tips kat atas tu... 

Xpa2... Lps ni kita sama2 uasaha utk dapatkan khuyuk ketika solat . Walau kita dapat khuyuk 1 saat pun sblm bagi salam adalah paling baik tau. So, sama2 la kita ingt mengingati ye...

P/s: Apa pendapat anda wahai sahabat2 seperjuanganku?


Reply With Quote