Petikan dari Utusan hari ni,
Quote:
KUALA LUMPUR 12 Jun – Dalam satu gerakan besar-besaran untuk menghapuskan skim cepat kaya melalui laman web Internet, Bank Negara Malaysia (BNM) dan polis mula menyerbu pejabat pengendali skim-skim itu yang disyaki menjalankan pengambilan deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram.
Dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti (SC), BNM dan polis semalam menggeledah pejabat AB Fund yang beroperasi di ibu negara, iaitu salah sebuah skim cepat kaya melalui Internet yang popular di kalangan pelakon dan penyanyi terkenal di negara ini.
Selain artis, skim yang beroperasi dengan alamat web www.abfund.us atau www.abfundtrader.biz itu juga disertai oleh sesetengah tokoh korporat dan ahli perniagaan yang majoritinya orang Melayu.
Laman web itu ialah salah satu daripada 45 skim cepat kaya melalui Internet kendalian orang tempatan dan luar negara yang beroperasi menipu pelabur.
Kini sebahagian besar daripada laman web itu telah menutup sendiri operasi masing-masing manakala akses sebahagian lagi laman web dihalang oleh pihak berkuasa.
Laporan sebelum ini menyebut seramai 500,000 orang rakyat Malaysia terlibat dalam pelaburan itu mem****tkan pelaburan terkumpul berbilion ringgit.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BNM di sini hari ini, laman web skim AB Fund yang diserbu itu tidak dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ia kini disiasat oleh BNM mengikut Sub Seksyen 23 (1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 dan Sub Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
|
Boleh baca selebihnya di
http://www.utusan.com.my/utusan/cont...n&pg=mh_01.htm
Hanya secebis maklumat yang ingin dikongsi bersama.