Salam bahagia,
Saya ada menyediakan perkhidmatan menulis dan menterjemah BM dan BI. Saya mempunyai 4 orang penulis / penterjemah OKU yang mempunyai kepakaran dalam menterjemah bahasa BM <-> BI.
Jadi, kepada sesiapa yang nak menggunakan perkhidmatan mereka, boleh menghubungi saya untuk berbincang. Saya hanya 'orang tengah' sahaja. Saya tidak mengenkan sebarang caj. Bayaran boleh dilakukan terus kepada mereka setelah kerja mereka selesai.
Saya cuma sekadar ingin membantu 'sahabat' saya yang OKU. Berikanlah mereka peluang. Insyaallah... saya pasti mereka akan melakukan tugas itu dengan baik. Kesemua mereka mempunyai ijazah dan diploma. Cuma tiada peluang untuk berkerja di syarikat. Mungkin akibat sikap 'prejudis' sesetengah orang. Tapi, memang mereka boleh melakukan tugasan menulis dan menterjemah dengan baik.
Berkenaan bayaran, itu boleh dibincangkan. Saya menetapkan bayaran tertentu.
Saya juga ingin menerima apa cadangan dan idea yang positif. Sekiranya anda mempunyai idea / cadangan, untuk membantu mereka ini, sila 'reply' sama ada melalui PM atau 'di bawah' ini.
Segala cadangan / idea yang baik dari anda, saya dahulukan dengan ucapan 'Terima Kasih banyak - banyak'.
