View Single Post
  #53 (permalink)  
Old 06-08-2007, 01:43 AM
akmal's Avatar
akmal akmal is offline
WC300
 
Join Date: Jun 2007
Location: selangor
Posts: 48
akmal is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default SC: Pelabur Internet haram boleh didenda, dipenjara

Petikan dari utusan.

Quote:
SC: Pelabur Internet haram boleh didenda, dipenjara

KUALA LUMPUR 6 Jun – Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan terus mengambil semua langkah untuk memerangi aktiviti Skim Pelaburan Internet haram bagi melindungi pelabur dan integriti pasaran modal Malaysia.

SC dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, selain menyekat akses, antara langkah berterusan termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali dan ejen laman web pelaburan haram.

Katanya, pelabur dalam pelaburan berkenaan juga boleh didakwa sebagai bersubahat dan boleh didenda RM1 juta atau dipenjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, tindakan tegas itu semata-mata bertujuan melindungi pelaburan orang ramai melalui undang-undang sekuriti.

SC menjelaskan, penyekatan laman web merupakan langkah terbaik dalam memerangi aktiviti pelaburan haram, selepas program pendidikan dan kesedaran mengenai skim kurang berjaya menyedarkan para pelabur.

“Usaha SC menyekat akses kepada laman web pelaburan haram ini akan dijalankan secara berterusan,” katanya.
Boleh didenda sehingga satu juta tu. Jadi jauhkanla diri anda dari pelaburan internet haram.


Reply With Quote