View Single Post
  #1 (permalink)  
Old 05-04-2006, 03:36 PM
code7's Avatar
code7 code7 is offline
WC300
 
Join Date: Dec 2005
Location: On WorkStation
Posts: 1,081
code7 is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to code7
iTrader: (2)
Default Tips Rekabentuk Web Yang Ideal

Di sini saya akan listkan beberapa ciri web design yg ideal :

1. Loading faster

Web design yg mudah loading merupakan salah satu faktor utama pengunjung suka surfing. Contohnya google & yahoo.. layout designnya simple saja dan mmg sebegitu krn ia hanya mementingkan maklumat/info yg cpt dan mudah dilayari.

2. Appropriate Colour, Theme & Concept design
Sstgh web yg bagus ada tema dia... ada penggunaan color yg seimbang dan concept yang tepat. Contohnya web berkaitan education ada imej/grafik berkenaan education, buku, pelajar dan bukan mengenai kereta kebal atau jet pejuang. Colour dia seimbang, kebanyakan tone colour ada maksudnya tersendiri... warna silver, putih & color cerah lebih nampak corporate.. manakala black dan colour gelap lebih sesuai utk web personal... Concept design pula terpulang pada anda nak wat corporate, personal atau season template mcm tahun baru, world cup etc... Kalo perlu audio & motion graphic kita guna flash.. buat sehabis baik mungkin dan berikan option utk skip.. Sbb sstgh user maybe ada prob connection dan tak mahu lambat tgk flash animation.. Sbb itu bila ada concept dan berjaya memanipulasikannya adalah satu kejayaan yg ideal..

3. Less is more
Ini konsep saya... lebih simple graphic lebih banyak cantik.. kita tak perlu menyerabutkan kepala dgn teori2 ilham design yang terlalu banyak. Cukup dgn penggunaan colour dan concept yg betul ia sudah memadai... Tak semua user suka graphic kita, sbb itu biar nampak minimum tapi modern. Jgn terlalu obses graphic sehingga menyerabutkan design anda. Kreativiti perlu disertai dgn strategi content management. Barulah org nampak tersusun, sistematik & tidak serabut.

4. Compatible with all web browser & screen resolution
Ini satu cabaran wat webmaster.. tak seme web design kita support browser dan screen resolution. Kenkadang byk 'jawa'script , dhtml, css dll tak disupport oleh browser lain. Wat masa ni dunia masih popular dgn Internet Explorer & Mozilla Firefox. Kita cuba buat web kita compatible dgn 2 browser ini. Jgn bagi nampak cacat dgn kedua-dua browser ini, ia mmg cukup mencabar jika kita mmg jenis suka guna css, dhtml, jawascript krn ada byk pro & cons dalam browser yg berlainan. Dan satu lagi ialah screen resolution. Kita perlu pastikan web design kita support 800x600 dan 1024x768.. kalo lebih dari itu lagi bagus... Sbbnya ia nampak stable & reasonable bila dalam screen yg berlainan, susunan graphic table tak lari, imej tak senget atau cacat dalam reso yg berlainan.. Ia juga satu cabaran buat kita bina web yang bebetul ideal dgn byk browser & resolution.
__________________


Reply With Quote